Jumaat, Mei 29, 2009

`~A TO Z~

A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kite
F : Fikir sebelum bertindak terburu2
G : Gembira selalu
H : hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
S : suci kan hati setiap hari
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca AQURAN
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali

Khamis, Mei 14, 2009

To Malaikat Jibrail : jangan jeles ye..macih ALLAH^__^

bismillah..(96:1)
salam sume..
nak kongsi sumtin dari kawan saye..

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, danAllah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antaratimur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baikdaripada aku?.

"Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud... "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepadaAllah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling akucintai, namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasaberdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu,sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?

"Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail AS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia ngembangkan duasayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohondan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atausepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatankepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang sepertiyang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepadasepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umatMuhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...

Sesungguhnya AllahS.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.

Wallahualam..

p/s: Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...
insyaAllah..^__^

Rabu, Mei 13, 2009

B.U.M.I @ Bukan Untuk Manusia Ingkar

bismillah..(96:1)
salam sume..
nak kongsi peringatan..

Telah berkata Anas Bin Malik r.a;

"Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara."

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.


10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

sama2 kite amik lah pengajaran..

walahualam..^__^

Sabtu, Mei 09, 2009

~untuk diriku sendiri~

bismillah..(96:1)

Daripada Abu Usamah Bin Zaid Bin Harithah r.a berkata:

Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Akn didatangkan seorang laki pada hari qiamat nanti lalu dilemparkan ke dalam api neraka sehingga terkeluarlah isi perutnya kemudian lalu ia berpusing(ditengah unggun api) seperti berpusingnya seekor keldai di tempat pegulingan gandum. Para penghuni neraka terkejut melihat kejadian ini lalu mereka segera berhimpun di sekelilingnya sambil berkata kepadanya:

”Hai fulan!mengapa engkau jadi begini? bukankah dahulu engkau suka menyuruh orang berbuat kebaikan & melarang mereka daripada kemungkaran?”

Lalu orang itu menjawab:

”Ya benar. Dahulunya saya suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan tetapi saya x melakukannya & saya suka melarang orang lain daripada kemungkaran, tetapi saya sendiri melakukannya”

-H.R Bukhari & Muslim-

renung2kanlah..walahualam..

Jumaat, Mei 08, 2009

LeSSoN AJL...

salam..

nk kongsi pngajaran aritu..

cite Aku Juga Lembu..

ok laa..rmi bpikir apa pngajaran nye..
tp malu mencube..xpe2..

meh nak kongsi pngajaran yg boleh kite perlu dpt..

Imam al-Hakim rahimahullah meriwayatkan drpd Ibn Masud r.a bwa Rasulullah SAW pnh bersabda yg bmaksud:

"sesiapa yang berpagi2 x mengambil peduli mngenai urusan muslimin..maka dia bukanlah dari golongan mereka "

renung2kanlah..itu kata2 baginda..

p/s: jzkk to yg kongsi pngajaran cam iMan n iqbal =)

walahualam..^_^

~HiLaNG~


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang sedangkan kebaikan yang telah dilakukan akan terus kekal. sekiranya kamu berseronok dgn dosa maka sesungguhnya keseronokanitu akan hilang sedangkan dosa yang dilakukan akan terus kekal-Saidina Ali r.a

Selasa, Mei 05, 2009

AJL..Aku Juga Lembu???

bismillah..(96:1)
salam semua..

kali ni nk cerita ttg AJL..

bukan Anugerah Juara Lagu..

tapi Aku Juga Lembu..

aku lembu??

huh..penuh tnda tanya..

asal lak??
adakah itulah AKU??

ape2 pn..meh dengar or baca dulu cite kite ni..

then pandai2 la korg nak ckp aku ni lembu ke x..

tah2,,

korang yang lembu gak..

hehe..

ops!!!jangan marah lagi..

dengar dulu cte kite ni ek..

alkisah..

suatu hari..seekor ayam yang amat akrab dengan sekor lembu telah mengadu prihal nasib kaumnya yang malang..

ayam: "wahai lembu, sungguh malang nasib kami. kami kini di ambang kepupusan lantaran sikap gelojoh manusia MERAMPAS telur kami hingga kemungkinan tak ade lagi telur yang bkal menetas..

lembu: "wahai ayam, nasib kami tak juh berbeza dengan apa yang menimpa kamu tu..manusia menyusu dengan susu kami tapi amat angkuh dan sama sekali tak pernah kenang pertalian kekeluargaan antara mereka dengan kami..di kalangan mereka, ada yang telah menjadi Pemimpin Besar, ada juga yang menjadi Prof Univesiti, doktor dan engineer dan tak kurang yang bingung macam kami ala2 xade otak gitu..teringin juga kami hendak mendengar mereka memanggil kami dengan kasih sayang.."oh!ibu..!" walaupun hanya sekali..namun harapan itu hanya tinggal harapan..kerana yang sering diucapakan hanyalah...asyik-syik..lembu..!!! paling kurang kalau anggap ibu susuan pun kire okaylah gak..!xke gitu??dahlah susu kami yang mereka ambik bukan sikt..susu awal lembu pun habis mereka kebas..aku kira kami pun di ambang kepupusan kerana anak2 kami telah DIRAMPAS bekalan susunya..kami bagaikan menyusu kera di hutan namun anak kandung di rumah dibiarkan kelaparan..huhu..!!!

tamatlah kisah.

hah!!!

sekarang pikir sendiri ape pengajaran dia..

then send to comment tau..

insyaAllah kite akn kongsi dengan korg pe pngajaran yg bole kite dpt dari cite ni..

orait??walahualam..

jzkk atas pencerahan comment2 anda nanti ek..^_^