bukan umpama novel cinta biasa when u're life as a dai'e n a doctor!

~sekadar coretan seorang yang ingin sekali mendidik diri bernafas dalam jiwa hamba yang Maha Esa..allahualam..~

Satu benda kita kene jelas dan faham, ( dan kene paksa buat) adalah:
Kite kene LULUS dalam study kita!
Kalau cemerlang, itu satu bonus.
Tapi kita memang kene lulus study kita.
Kalau tak boleh cope, kita minta tukar, tapi dalam apa keadaan pun, kita mesti ada degree kita.
Itu aset teramat besar untuk dakwah.
Dalam persoalan study dan tarbiyah ini adalah:

1) kene cari titik tolak yang menjadi minat kita.


mase 1st-3rd year..subject cam histology, anatomy, microb, pathology, physiology, biocemistry, pharmacology, sume yang basic..sume banyak yang teori semate xde practical pun..so sumtimes..
It doesn’t make sense to me kenapalah kena belajar kesemua itu?
Kami tak berjumpa patient tahun itu, tak belajar jenis-jenis penyakit pun, so tak dapat nak relate dengan realiti yang ada.
Tapi saya paksa dan paksa juga untuk study walaupun saya menyampah.
Alhamdulillah saya lulus.
even saya lupa apa saya belajar dlu.. huhuh…
3rd year skit n thn2 ke atas adalah tahun klinikal. Tahun-tahun ini kami belajar tentang penyakit, berinteraksi dengan pesakit dan mula beraksi di medan sebenar.
Dan di waktu-waktu inilah passion saya pada medic menyala-nyala.
Sebab kita deal dengan manusia. Kita appreciate penyakit-panyakit yang kita belajar.
I became so enthused bila tahu pasal penyakit-penyakit yang ada dan eager to know how to treat them all.
And bile nanti kite reach final year, mungkin kene deal sendiri dengan patient-patient yang ada dan berusaha untuk mengubati mereka.
DAn indahnya perasaan itu bila kita dapat relievekan kesakitan mereka.
Even hanya bercakap lembut dengan mereka.
‘ Who send you here my angel?’
Seorang pesakit pernah tanya begitu bila saya review dia selepas dia hampir-hampir nak pengsan. Haemoglobin dia rendah sebab itu dia asyik rasa pening sahaja.
Saya senyum dan tergelak sahaja mendengar pertanyaan itu.
Saya pernah tanya seorang patient saya:

‘ Would you remember me, dear when you leave this ward?’
‘Of course I do. The doctor with the lovely smile.’

Kesian dia patah kaki, pastu ada chest infection pulak tu. Sekarang ada constipation, selalu tak dapat makan sebab asyik nak muntah sahaja. Saya selalu tengok dia sebab dah tua makcik tu. 83 tahun.

Bila kita berinteraksi dengan manusia, barulah make sense apa kita belajar.
Baru kita ada passion pada study kita itu!
Bersabarlah ye adik-adikku. Kadang2 kita tak jumpa lagi titik tolak passion kita. Bila kita jumpa, kita takkan berhenti bekerja untuk itu.

2) Perlu bercita-cita besar

Kita perlu jelas, kenapa kita ambil course yang amat susah ini?
Untuk duit? untuk beli kereta besar supaya dapat tarik mad’u? supaya orang terpengaruh dengan kata-kata kita sebab kita doktor?
hurmm..

kan tak ikhlas namanya itu!

Sebab tak semestinya dengan doktor ini kita buat dakwah pun dan tak semestinya jadi doktor ini orang terpengaruh dengan kita.
 Orang terikat dengan kita kerana Islam 
Kerana dakwah yang kita bawa. Dengan kekuatan graviti kita yang lahir dari hubungan dengan Allah yang erat.
Kita jadi doktor kerana Allah. Memang nak bantu orang sakit. Sebab ramainya orang Islam kene berubat dengan orang2 kafir. Terpaksa membuka aurat mereka di hadapan orang kafir. Takkan kita nak biarkan semua itu?
DAn kita tahu ekonomi semua dipegang oleh orang bukan Islam.
Sekrang tiba masanya kita kuasai kesemua jurusan ekonomi yang ada.
Produk-produk perubatan perlu dari kilang-kilang orang Islam.
Bermulalah daripada jarum, kepada katil, kepada scrub, kepada alat-alat bedah, kepada ubat-ubatan, tiada negara Islam yang mengeluarkannya.
Kini sudah tiba masa kita untuk monopoli semua itu.
Kita takkan nampak semua itu kalau kita jadi orang biasa.
Perjalanan kita jauh lagi adikku. Kita bercita-cita besar. Banyak lagi kerja-kerja kita.
Belajarlah kerana Allah. Allah akan bantu kita.
DAkwah itu adalah sebahagian hidup kita.

Kita tak menjadikan title kita untuk melonjakkan kita sebab itu takbur namanya.

Tapi kita nak beritahu pada manusia lain bahawa kita seperti mereka juga.
Kita kerja, kita on-call, kita busy juga, kita ada family , kita ada anak  dan sebagainya. And yet, kita juga adalah seorang daie, seorang yang nak menegakkan kalimah Allah.
Kita bukan superwoman/man pun.
Kita adalah sebahagian dari manusia biasa yang ada. Dan Allah muliakan kita dengan Islam ini. So kene pegang Islam itu betul-betul dan sekuatnya. Dan indahnya Islam sebab Islam itu dapat berinteraksi dengan kehidupan manusia itu, regardless siapa mereka.

3) Perlu kenal kekuatan dan kelemahan dalam study kita.

- Kita kene jujur pada diri sendiri.
kene jujur!

tak boleh comparekan diri kita dengan orang lain.
Lain orang, lain pace study dia. Lain kemampuan menguasai bahan dan hafalan.
Maka kita kene tanya pada diri kita sendiri, kemampuan kita bagaimana.
Ada orang boleh study 3 jam je sehari. Dia mampu excell dalam study dia. Orang seperti ini kene gunakan sebahagian masanya yang lain untuk dakwah dan tarbiyah.
Ada orang memang perlukan 10 jam untuk belajar sehari, maka dia memang kene belajar 10 jam. Dan terpaksa kurangkan masa dakwah dan tarbiyah dia.
ada orang boleh belajar last minute.
2 minggu sebelum exam, memang dia stop pergi semua program yang ada, dan pulun study.
Ada orang kene belajar berterusan.
So dia still mampu pergi usrah dan daurah walaupun dah dekat sangat nak exam. Sebab dia dah banyak revise sebelum itu.
Terpulang pada diri kita. Kita perlu kenal kekuatan kita.

Dan penting sangat JANGAN  overestimate kemampuan kita.

Takpe merasai tak pandai dan perlu banyak belajar, dari perasan pandai.
Bila tak pandai itu, kita akan terus belajarkan?

3) Perlu ada jadual belajar dan dakwah serentak

4) Tahu kekuatan study anda

Ada orang kene study dalam group. So dia kena cari study group untuk belajar.
ada orang kene baca kuat-kuat, maka dia kenalah duduk belajar sorang-sorang. Nanti orang lain terganggu dengan suara dia.
So kene kenal style study anda.
Gunakan segala pancaindera dalam study. Gunakan mata, telinga dan mulut.
Ada benda kene baca, ada benda kene tengok gambar, ada benda kene dengar dan ada benda kene bercakap. Barulah dapat masuk dan faham apa yang kita belajar itu.

5) Jangan jadikan dakwah escapisme.

Ini amat berbahaya.
Ada antara kita yang bila stress sangat study, berpaling kepada dakwah sebagai escapisme. Berharap Allah akan membantu dia sebab dia dah membantu kerja Allah.
Benda ini salah!
Sebab takkan berjaya sesuatu perkara tanpa usaha. Kejayaan takkan datang dengan magis. Walaupun betul terkadang Allah memang membantu hambaNya yang benar-benar tawakal kepadaNya.
Tapi kita still kene belajar. Kalau terlalu stress, cepat-cepat jumpa akhawat lain. Curahkan masalah kepada naqibah ataupun pada hosmet ke.
Tapi jangan simpan sorang-sorang, dan jangan jadikan dakwah sebagai escapisme.
Nanti dakwah terfitnah kerana kita.

7) Lepas kamu dah habis satu urusan, buatlah urusan yang lain pula.

Lepas kamu dah belajar gila-gila. DAh berkorban perasaan sebab dah lama tak pergi program sebab nak study. Dah penat terperap dalam bilik, maka, KELUARLAH kamu berterbangan untuk menyampaikan kalimah Allah ini. Keluarlah untuk mengejar tarbiyah kamu semula.
Buatlah dakwah gila-gila.
Baru rasa nikmat pengorbanan sebab study kita itu.
Seminit lepas keluar dari dewan peperiksaan, boleh fikirkan agenda dakwah dan tarbiyah. kan best tu!

7) Stay fokus

Untuk masa sekarang, sesiapa yang akan ada exam, fokus pada exam. Setelah itu kita fokus dakwah pulak.
Susah nak tumpu dua benda dalam satu masa unless dua-dua otak kamu boleh berjalan serentak.
Bila fokus, kita akan menghasilkan impak yang besar pada usaha kita. Kita takkan mencapah
Amacam?

and yang paling penting..jangan lupe doa banyak2 dengan DIA..minta diberi kekuatan dalam dakwah dan kehidupan..insyaAllah..bi taufik wa najah..aja2 fighting sume!!
ingat!

"  man jadda wa jadda"

"  bekerjalah maka keajaiban!"
allahualam..^__~Y