Sabtu, November 20, 2010

Tanbihul ghafiliin??

bismillah..
salam to all and selawat ke atas nabi Muhammad SAW..
as usual afwan3x..coz xpost pe2 utk mknn hati ni..
bz..bz..sungguh moga ade kerehatan itu di syurga nt..ameen3x..
juz nk share pe yg kite ade suatu mse dulu and semakin menghilang sekarang..
pe kah itu??
pikirkan..

Masa kecil ditimang Ibu..sudah besar ditimang gelombang..

Dalam mengharungi perjalanan untuk mencapai matlamat, indah rasanya jika sesekali kita mengimbas kembali sejarah hidup kita, yang telah lama kita tinggalkan, yang pasti tidak akan berulang kembali…di mana secara semulajadinya kita dilahirkan dalam keadaan yang mampu berdiri diatas kaki sendiri dan mampu berusaha apabila ditinggalkan sendirian..begitulah kini..gelombang hidup itu kadangkala kecil dan kadangkala besar, menjadi asam garam sepanjang hidup kita.

Maka apakah itu kejayaan? Pastinya sudah banyak kejayaan dan kegagalan yang kita lalui…

Mungkin kita tidak ingat…dahulu tatkla kita baru mula belajar mengiringkan badan kita..kita cuba dan terus mencuba,…tapi gagal. Namun kita cuba lagi dan kita gagal juga. Tapi kita tahu bahawa cubaan kali ini adalah hampir kepada kejayaan. Dengan semangat yang kental..kita mencuba lagi dan berjaya..
Mungkin kita tidak ingat..betapa gembiranya ibu kita atas kejayaan kita itu..Dan ayah kita memeluk kita dan mencium kita..Kitalah anak kemegahan mereka..comel..cantik..indah dan menawan.

Mungkin kita tidak ingat, sewaktu kita mahu mula belajar berjalan,.kita selau jatuh. Kadangkala kita menangis, kadangkala kita tertawa.

Jatuh itu sakit, tapi kita tahu bahawa kita perlu merasa sakit dahulu sebelum meraih kejayaan. Tiada siapa yang mengajar kita itu semua..ianya sedia ada dalam diri kita. Kita degil, sebab itulah kita berjaya!

Kita panjat tangga dan jatuh. Kita menangis dan panjat lagi

Sekarang kita sudah dewasa. Sepatutnya kita sudah terbiasa bila ditinggalkan dan sewaktu dalam kesusahan. Kemanakah perginya semangat kita yang berkobar-kobar sewaktu kecil itu? 
kemana hilang nya??
tanya diri..tanya iman dalam hati..

Bangkitkan semula semangat itu!
(2:286)+(94:5-6)+(84:6)

Khamis, November 04, 2010

jgn dok heran oghe pndng sblah mato ye^__~

bismillah..
salam to all and selwat ke atas Nabi Muhammad SAW..
juz nk share..nak caring2 gak..hehe..


actually kan..
Setiap orang adalah unik. 
Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. 
Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

korang tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. 

Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. 
Disitulah berkuasanya DIA.
Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.

Korang mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri korang kan.



HAH!!!, anggap ia satu kelebihan. 
Jika KORANG PRASAN KORANG buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik.
pe korang ingat sangka kecantikan sentiasa membawa untung?
TIDAK..PERCAYALAH TIDAK...
 Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan.

Setelah korang dikenali sebagai cantik, ketakutan korang terhadap keburukan lebih besar daripada jika korang semulajadinya xseberapa cantik mungkin korang comey.hehe..
bersyukur..bersyukur ye..

 Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

 Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

 korang tengokkan filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika korang xberapa cntik setidak-tidaknya korang bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. 
Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . 
Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan NYA.

 Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

So..Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri syukuri lah keunikan ini sebab kewujudan korang mambuktikan kekuasaan ALLAH!subhanallah!!!^__^


Sabtu, Oktober 30, 2010

seronok erk?!h..m...m....

bismillah..
salam to all and selawat ke atas Nabi Muhammad SAW..


juz nak share pndpt2 org psl anasir budaya "kapel@couple"


apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'couple': 


hmm...


hm...


h...



1) seronok
(dpt fitnah) 

2) seronok
(dpt dosa) 

3) seronok
(dpt geng dgn syaitan) 

4) dpt meluahkan masalah
..(Allah kan ada) 

5) byk habis duit
(lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg
habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung.. 


6) byk risau
(takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat
pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)
 

7)byk termenung dan senyum sendiri
(pasal ingat peristiwa riang dgn awek..
kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..) 


8) lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan
awek dia.. lain dah tak kisah..) 


9) menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat
tak takut pulak... ) 


10) lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA.. 


h..


hmm..


fikir dalam2..renung2kan sejenak..nauzubillah..minx jauh sgt2..


moga kite diberi hidayah dan taufik drNYA yg tlh mciptakan kite..ameen..


afwan maaf atas terkasar bahasa..lillahi sharing utk kite sume..=)

Isnin, Oktober 25, 2010

~surat seorang sister utk bakal zaujnya~

bismillah..
salam to all and selawat ke atas Nabi Muhammad SAW..
Sekadar ingin berkongsi artikal yg mnarik dari blog hamba Allah ni..
moga bg manfaat utk kite sisters sume iA..




"Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu mengenai dirimu yang tidak pernah kukenali.







Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.




Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi.

Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka.

Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih bersifat 'perumahan' kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata.

A
pabila terpaksa berurusan dengan mereka, akanku buat 'expressionles face' dan 'cool'. Akan ku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina 'Aisyah R.A "sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang". Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akanku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain. Aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku. Aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidakku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, berbagai dalil ku kemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku.

Aku tertanya-tanya adakah aku berada ditebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan.

Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Ku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara'. aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri.Itulah impianku.

Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana_Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Uhibbuhu fillah walillah..
Biar tak bertemu didunia fana, moga dipertemu di Jannatul Firdausi. AMIN..."

Sabtu, Julai 24, 2010

~journey to KT,Tganu-bismillah~

bismillah..(96:1-5)
salam to all and selawat ke atas Nabi Muhammad SAW..



b4 we start our journey..
kene pastikan sume bnde dah ade..
bukan sahaja barang..tapi juge cukup orang nya..
nanti jadi cam cite home alone payah nanto..hehe..


checklist barang:
1.baju n sewaktu dengannya
2.berus gigi n sewaktu dengannya
3.money n sewaktu dengannya
4.Quran n sewaktu dengannya
4.ade lagi ke?ntah tapi jangan lupe tutup sume suis n air juge


checklist hamba Allah:
1.pemandu: abu bakar ahmad@abah
2.pengurus penginapan: mariam rahmat@ibu
3.photographer kurang bertauliah: muhammad afiq ab@apit
4.penyambut tetamu di tganu: nur nadhirah ab@kakdira
5.last but not least penyebok: nur liyana ab@dr.yana=P


orait..insyaAllah settle sume then...


Tganu..here we come!^__~Y

Selasa, Julai 20, 2010

~antara mak,aku dan "dia"~

bismillah..(96:1-5)
salam to all and selawat ke atas Nabi Muhammad SAW..


Buat teman2 yang dikasihi kerana Allah,
just wanna share..
Semoga dengan cerita ini akan menguatkan lagi rasa cinta kita kepada Allah, insyaAllah..


---------------
Pada suatu hari,
Saya bertanya kepada emak,
"Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "
Mak jawab,
"dua-dua bukan.."
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.


"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." 
Saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" 
Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.


Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." 
mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " 
mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."


Saya memintas, "Tak faham.."


Mak menyambung
"Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." 
Mak menyambung lagi,
"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.." 
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung
"Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..


Persoalannya ialah..
Siapakah jodohnya itu?"
mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire


"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak..


Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..


"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" 
saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil.
"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..


Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain..


"Mak,
seperti kakak.." 
mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.


"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.


Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."


emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.


Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya.
Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.


"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?


"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.


Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."


Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,


"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.


Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.


Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.


Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.
Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..


Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa


Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.


"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..


Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."


"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "


Redha


"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.
Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..


Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "


Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.


"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..
Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.." 

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

---------------

semoga dapat apa ang "mak" cube sampaikan! : )
insyaALlah..renung2kan dan amalkan..
allahualam..^__^

Isnin, Julai 12, 2010

$#wc punya pasal$#

bismillah..(96:1-5)

salam to all and selawat ke atas nabi Muhammad SAW..

bgus2..akhirnye abes gak wc kan..

spain menang..

ade orang ckp.."yahoo!!!"

tapi kalau saya.."pedulik ape.tiap2 ari de match lg penting.orang lain x kesah.awak tau x arini de match lagi?"  

hari ni match Palestine Vs Israel brape score dier ye??

x silapnye tiap2 hari since lebih 60 tahun lepas ade

match Palestine vs Israel..ade tengok tak??

awak support team maner??
saya die hard fan Palestine.. awak???
 .......
..........
TERDIAM..TERKEDU..TERTAMPAR..
..........
..........
astaghfirullah..mudahnye kite lupe pada sedara kite bile disogok dgn hanya sebiji bola dan seekor sotong!!!T__T
allahualam..

Ahad, Julai 04, 2010

??ukhuwah??

bismillah..(96:1-5)
salam to all and selawat ke atas NAbi Muhammad SAW..

UKHUWAH..

UKHUWAH TU??

TAPI..EGO NAK LETAK MANE??

PERLU KE??

YANG MANE??

PERLU YANG MANE??

EGO??

OR

UKHUWAH??

HMM..

TERDIAM...

.....

.....

JIDDIYAH..

MANE DIA??

DAH DUA KALI DITAMPAR..

TAPI MANE DIA??

HATI??

NAPE SEPI??

TANPA CINTA KE??

MUNGKIN YA!

KERANA TIADA CINTA NYA 

ABIS TU..

UKHUWAH TADI??

EGO PULAK CAMNE??

HMM..

 FIKIR LAGI..

NAFAS DALAM-DALAM..

JAWAPAN YANG SEPATUTNYA MEMANGLAH PERLU NYA UKHUWAH..

EGO LETAK BAWAH KAKI..

SEBAB KERANA EGO LAH IBLIS DIHALAU DARI SYURGA..

NAK JADI GENG IBLIS KE??

HMM..

TERKEDU SEKETIKA..

BAK KATA PUJANGGA..

TEPUK DADA TANYA IMAN DALAM NAFAS JIWA HAMBA..

DILEMMA..

ANTARA UKHUWAH, EGO DAN JIDDIYAH..

SEMUANYA PERLUKAN MUJAHADAH..

TAK LUPE PALING PENTING..

DOA BANYAK2 MOGA DIBERI KEKUATAN DAN ISTIQAMAH..

LEBIH2 LAGI DALAM DAKWAH DAN TARBIYAH..

AGAIN..
ALWAYS..
&
FOREVER..

BACK TO ALLAH..ALLAH..ALLAH..

 JANGAN LUPE UNTUK BERSYUKUR..

ALHAMDULILLAH..

noktah..allahualam..