Sabtu, November 20, 2010

Tanbihul ghafiliin??

bismillah..
salam to all and selawat ke atas nabi Muhammad SAW..
as usual afwan3x..coz xpost pe2 utk mknn hati ni..
bz..bz..sungguh moga ade kerehatan itu di syurga nt..ameen3x..
juz nk share pe yg kite ade suatu mse dulu and semakin menghilang sekarang..
pe kah itu??
pikirkan..

Masa kecil ditimang Ibu..sudah besar ditimang gelombang..

Dalam mengharungi perjalanan untuk mencapai matlamat, indah rasanya jika sesekali kita mengimbas kembali sejarah hidup kita, yang telah lama kita tinggalkan, yang pasti tidak akan berulang kembali…di mana secara semulajadinya kita dilahirkan dalam keadaan yang mampu berdiri diatas kaki sendiri dan mampu berusaha apabila ditinggalkan sendirian..begitulah kini..gelombang hidup itu kadangkala kecil dan kadangkala besar, menjadi asam garam sepanjang hidup kita.

Maka apakah itu kejayaan? Pastinya sudah banyak kejayaan dan kegagalan yang kita lalui…

Mungkin kita tidak ingat…dahulu tatkla kita baru mula belajar mengiringkan badan kita..kita cuba dan terus mencuba,…tapi gagal. Namun kita cuba lagi dan kita gagal juga. Tapi kita tahu bahawa cubaan kali ini adalah hampir kepada kejayaan. Dengan semangat yang kental..kita mencuba lagi dan berjaya..
Mungkin kita tidak ingat..betapa gembiranya ibu kita atas kejayaan kita itu..Dan ayah kita memeluk kita dan mencium kita..Kitalah anak kemegahan mereka..comel..cantik..indah dan menawan.

Mungkin kita tidak ingat, sewaktu kita mahu mula belajar berjalan,.kita selau jatuh. Kadangkala kita menangis, kadangkala kita tertawa.

Jatuh itu sakit, tapi kita tahu bahawa kita perlu merasa sakit dahulu sebelum meraih kejayaan. Tiada siapa yang mengajar kita itu semua..ianya sedia ada dalam diri kita. Kita degil, sebab itulah kita berjaya!

Kita panjat tangga dan jatuh. Kita menangis dan panjat lagi

Sekarang kita sudah dewasa. Sepatutnya kita sudah terbiasa bila ditinggalkan dan sewaktu dalam kesusahan. Kemanakah perginya semangat kita yang berkobar-kobar sewaktu kecil itu? 
kemana hilang nya??
tanya diri..tanya iman dalam hati..

Bangkitkan semula semangat itu!
(2:286)+(94:5-6)+(84:6)

Khamis, November 04, 2010

jgn dok heran oghe pndng sblah mato ye^__~

bismillah..
salam to all and selwat ke atas Nabi Muhammad SAW..
juz nk share..nak caring2 gak..hehe..


actually kan..
Setiap orang adalah unik. 
Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. 
Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

korang tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. 

Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. 
Disitulah berkuasanya DIA.
Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.

Korang mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri korang kan.



HAH!!!, anggap ia satu kelebihan. 
Jika KORANG PRASAN KORANG buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik.
pe korang ingat sangka kecantikan sentiasa membawa untung?
TIDAK..PERCAYALAH TIDAK...
 Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan.

Setelah korang dikenali sebagai cantik, ketakutan korang terhadap keburukan lebih besar daripada jika korang semulajadinya xseberapa cantik mungkin korang comey.hehe..
bersyukur..bersyukur ye..

 Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

 Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

 korang tengokkan filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika korang xberapa cntik setidak-tidaknya korang bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. 
Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . 
Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan NYA.

 Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

So..Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri syukuri lah keunikan ini sebab kewujudan korang mambuktikan kekuasaan ALLAH!subhanallah!!!^__^