Jumaat, Jun 12, 2009

aku..sedar..aku..siapa..



bismillah(96:1)..

buat diri ku yang baru tersedar..
maafkan aku yang hina ini..


Ya Rabb,
diri ini amat merindui syahid di jalanMu,
ingin sekali bertemu denganMu,


berada dikalangan para anbiya',
para syuhada'.


Ya Sami', berikanlah aku (pasangan)ku,
anak cucu ku semua mengembirakan hati,



dan jadikanlah aku ikutan orang-orang yang bertaqwa.


Namun, layakkah diri kotor ini mencapai semua itu?


Layakkah diri ini walau sekadar mencium bau Jannatul Firdausi yang disediakan hanya untuk hambaNya yang solehin?


Layakkah diri hina lagi bergelumang lumpur dan debu dosa ini?



Duduk diatas dipan-dipan,bersandar pada bantal-bantal hijau dan permaidani yg indah bersama kekasih-kekasih Allah S.W.T,


Sambil dilayani bidadari mahupun bidadara yang baik-baik dan jelita yang tidak pernah disentuh oleh manusia maupun jin?


Apakah diri lemah ini telah lakukan dan usahakan untuk mengecapi nikmat tak terhingga Ilahi selain kemungkaran dan maksiat?


Tak usahlah kau impikan cinta kekasih Allah yang merindui jihad dan syahid dijalanNya wahai diri hina ini,



Kalau hatimu masih penuh dengan titik-titik hitam dan noda,


Usah berangan-angan mahukan suami soleh yang sentiasa bermunajat disepertiga malam terakhir jikalau kau sendiri tidak pernah mengecapinya,


Berhentilah bermimpi mahukan suami sehebat Ali kalau peribadimu tidak setanding Fatima Az-Zahra...



Sedarlah wahai diri,
dimana tarafmu berbanding kekasih Allah yang lain?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan