Isnin, Mac 14, 2011

~HaN NaMjA~


BISMILLAH..
salam to all and selawat ke atas Rasulullah SAW..
terase nak share sumtin pas someone share to me..

han namja..
sape yg dok suke korea tuh tau la pe mksudnye,,
yg xtau n nak tau..bce la dulu..
iA akn paham=)


Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia
dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang kacak itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan
meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga"
~sekadar gambar hiasan~
(lagi byk kite bce n amalkan ayat2 Allah,lagi kacak pndmping kita..ALLAHUALAM)


Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang
tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk
mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.


Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu didunia. 

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi,bukan malaikat dan sebagainya".
Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan
  janji Allah itu adalah benar.

allahualam..

renung2 kan and selamat beramal.. 
bace Quran yok!n jangan lupe tadabur (memahami maksud qalam-Nya juge)!
may Allah bless us..
ameen..^^

4 ulasan: