Ahad, April 26, 2009

*antara JANJI dan PERSOALAN*

bismillahirrahmanirrahim..

selagi terikat 1 janji setia..
selagi itu tercatit kisah semua..
di sana kepastian menanti kita..
di situ tanda tanya..

ke mana haluannya..

syurga neraka hanya yang kedua..

persoalannya..

yang mana jalan kita sebenarnya..

adakah menuju DIA YANG ESA??

bukan takat guna akal fikiran dan jiwa..

tapi perlu juga guna anggota kurniaan-Nya..

melakukan apa yang sepatutnya..

demi mendapat keredhaan-Nya..

itulah yang pertama dan UTAMA..

Khamis, April 23, 2009

~Dialah buah hati ku..^_^~


bismillahirahmanirahim..
ku ingin bercerita..
tentang seseorang..
yang...yang..
sangat ku rindui dan ku sayangi..
insan yang paling istimewa buatku..
dia..
Muhammad nama diberi..
contoh utama bagi seorang pemuda yang waras..
peribadinya yang dipercayai orang di kalangan keluarga dan para sahabat..
seorang manusia yang menyeru umat manusia ke jalan Allah..
secara lemah—lembut dan bersopan-santun..
seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga..
demi menyampaikan seruan Allah..
seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan..
dengan cekap dan pintar..
seorang suami yang halus pergaulannya..
seorang bapa yang teliti dan bijak..
menyempurnakan kewajipan..
terhadap anak dan isteri..
seorang ketua turus agung peperangan yang cergas..
penuh dengan tektik strategi persediaannya..
dan..
seorang Muslim yang waras lagi bijak..
membahagikan dedikasinya kepada Allah..
keluarga dan sahabat handai..
dia lah..
Nabi Muhammad S.A.W.
Rasulullah..^_^

Isnin, April 20, 2009

anak singa dah pupus ke?!

salam..
pd kali ni kite nak bcerita la plak..
ttg..........................................................

jeng jeng jeng...

hmm.....................

al kisah...
seekor anak singa telah terpsah dengan kaum keluarganya..(tah cmne die leh terpisah pn kite xtau..hehe..)
dalam keadaan sesat dan kesepian itu, ia terserempak dengan seumpulan kambing..
kambing2 ini telah menjadikan anak singa ini sebagai anak angkat mereka..dalam beberapa tempoh yang berikutnya, besarlah anak singa ini di kalangan kambing yang xsuke mandi ini hingga merasakan ia juga adalah seekor kambing gak..

pada suatu hari..
kambng2 ini terserempak dengan seekor singa yang lain..
dalam keadaan ketakutan yang amat sangat, semua kambing itu lari bertempiaran menyelamatkan diri..
singa si anak angkat kambing, yang kini telah meningkat dewasa pun turut lari..
malah yang paling laju ke hadapan(yela dia kn singa lagi la laju lari dari kambing)
melihat gelagat singa anak angkat si kambing ni tadi, singabaru yang muncul turut kehairanan lalu deng pantas dia mengejar singa yang penakot tadi(bukan kejar kambing2 tu..plik kan??)

sap!!!!
hah dah dapat pn..
dia xmakan anak singa ni sebab satu spesies kot.watpela dia nak makan geng dia..
dia bertanya,
"kenapa engkau larikan diri daripada aku?"

jawab si anak angkat kambng ni,
"bukankah engkau hendak mnangkap dan memakan aku?"

sudah berlau salah paham di situ..(fikir anak singa sebnar tadi)

jawab singa ni,
"kenapa pula aku nak tangkap kau padaha sasaran aku hanya kambing, yang ko perasan sangat ni kenapa?(tu tambahan je..xde pon singa tu cakap..hehe..)"

jawab si anak angkat,
"tapi....aku kan seorang kambing gak???"

kehairanan singa,
"masakan kau seekor kambing, kau kanseekor singa yang gah seperti aku ni.tak kan kau ta nampak yang kita berdua ni sama.kau kuning aku kuning..cuma aku lagi ensem..heheh"

dengan tegas anak angkat kambing ni konon2 nya menjawab,
"tidak!!! aku adalah sekor kambing la. napa x paham2 ni??"

lalu si singa membawa si anak angkat kambing ni kepada sebatang sungai berdekatan dan apabila sampai, si nak angkat tadi melihat bayang2nya dalam sungai itu..

"hmm..memang tak tumpah macam seekor singa aku ni"

jeng jeng jeng................

barulah dia sedar bahawa dia adalah seekor singa...
singa yang baru muncul ini telah menyedarkan bahawa dia juga seekor singa yang gah dan raja hutan..

so..apa lagi..

dua2 ekor singa ni pun bergerak memulakan operai mereka iaitu mengejar kambing2 tadi..

tamat lah...

*pengajarannya ialah...
"Umat Islam kini juga bagaikan singa yang telah dibesarkn oleh sekumpulan kambing2 jahat ni..mereka telah sekian lama menjadikan dan meanaktirikan kita menjadi anak 'kambing' dan sudah lama tenggelam dalam corak dan gaya hidup 'kambing' hinggakan mereka lupa bahawa mereka or KITA NI adalah 'ANAK SINGA'..

Sedarlah wahai manusia yang bergelar muslim..

sekian..walahualam..^_^

Khamis, April 16, 2009

mulut untuk??

salam sume..ni kite dah post kat dlm fb tp xpela coz ade org yg xde fb lg kn..
so,meh jadikn pringtn utk kite dr ayat ni..

"Apakah akan Aku beritakan kepadamu, kepada siapa syaitan- syaitan itu turun?Mereka turun kepada tiap-tiap pendusta lagi yang banyak dosa,mereka menyampaikan hsil pendengaran mereka itu, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang pendusta."..(26:221-223)

cube kite tadabur skit..^_^

pengajaran yg boleh kite amik dari ayat2 ni ialah..

jadilah seperti dalam ayat ni..

"Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil."(28:55)

dan janganlah kite jadi seperti dalam ayat ni..

"(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar."(24:15)

renung2 kan^_^

Khamis, April 09, 2009

~itulah AKU~

PEDIH..SEDIH..
AKU tahu sape diri ku..
AKU kenal sape diri ku..
AKU tahu lebih dari diri mu..

AKU tahu sape AKU dulu..
AKU mngaku dulu AKU memang begitu..
AKU tahu KAMU mengenali ku sejak dulu..
dan KAMU tahu AKU dulu memang begitu..

tapi..
tapi salahkah..
salahkah jika AKU katakan AKU bukan AKU yang dulu??
salahkah jika AKU mahu KAMU pun tidak memandang AKU seperti AKU yang dulu??

AKU tahu KAMU akan kata tak!!!
memang tak salah..
tapi AKU..
AKU lemah..
AKU silap..
AKU pernah buat salah..
sebab AKU juga manusia..
manusia seperti KAMU..

AKU dan KAMU sama..
cuma yang beza hanya..
hanya..
hanya ALLAH yang tahu..
AKU tidak dan KAMU juga mungkin tidak..
sekali lagi..
keana KITA sama..

KU pinta..
KU pohon..
tolong AKU..
bantu AKU..
untuk berubah..

KU pinta..
KU pohon..
janganlah KAMU memandang KU seperti AKU yang dulu..

AKU kini adalah AKU yang baru..
yang ingin..sedang..dan terus berubah..
AKU pinta..
AKU pohon.
agar KAMU juga mula berubah..
dan terus berubah..
biarlah KITA sama-sama berubah..

AKU mampu..
dan AKU tahu KAMU juga mampu..
mampu..mampu untuk berubah..
tapi yang lebih penting..
jika mahu.
mahu untuk berubah..

sekali lagi..
AKU pinta..
AKU pohon..
maafkanlah AKU jika AKU silap..
jika AKU salah..
niat KU cuma satu..
untuk ubah diri KU dan diri MU..
bukan untuk memperkecil..atau memburukkan KAMU..
mahupun memartabatkan diri AKU..
kerana khilaf KU masih bersepah..
kerana AKU manusia..
AKU bukan DIA YANG ESA MAHA KAYA..

maka..
bantulah AKU dan diri KAMU..
SAHABAT...='(

p/s: AKU SAYANG KAMU KERANA ALLAH!!!!

Sabtu, April 04, 2009

KHAS UNTUK IYLIA IS AYUNI..

salam..FOR IYLIA..
diZ IS FOR YOUR GUIDE..
bout my comment on ur blog..juz read diz comic 1st then u'll understand it why i said so..orait dear??=)

pesanan untuk diri ku sndr..=(

salam..nk kongsi sumtin bez..

berubah skg masih sempat..bertaubat sblm terlambat..

Dalam satu hadis Allah telah berfirman:

‘Janganlah kamu pandang pd hidayah yang sedikit tetapi pandanglah kepada kebesaran yang memberikan hidayah.Jgn kamu pandang kepada kecilnya kesalahan tetapi pandanglah kepada Siapa engkau hadapkan kesalahan itu’

Jadi, sama2lah kita muhasabah diri. Jangan sesekali menangguh-nangguhkan taubat. Jangan sampai kita menyesal tatkala malaikat maut datang menjemput kerana pada saat itu tiada lagi penyesalan dan tiada lagi taubat untuk mereka yang lalai serta leka dengan syurga duniawi.