salam to all and selawat ke atas Nabi Muhammad SAW..
~dont worry..no brain damage~
alkisah..
seorang PELAJAR yang AKTIF dalam PERLUMBAAN HARAM telah mendapat habuannya pd suatu hari. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang BESI telah terCUCUK di KEPALANYA. Menurut DOKTOR, jika besi itu tidak mengenai OTAK, pelajar itu ada harapan untuk diselamatkan. Mendengar penjelasan doktor itu, BAPA pelajar berkenaan bkata;
"Dia akan SELAMAT kerana besi itu pasti tak dapat mengenai otaknya."
Doktor yang kagum dengan keYAKINan si bapa ini terus bertanya;
"bagaimana pakcik boleh begitu yakin, hingga perkataan INSYA ALLAH pun pakcik TAK sebut?"
sampuk si bapa;
"Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia ni memang TAK ADA OTAK! Kalo dia ADA otak, tentu dia tak buat kerja gila
lagi bahaya ni, buat habis duit PTPTN saje!"
lagi bahaya ni, buat habis duit PTPTN saje!"
TerDIAM doktor!=P
-------------------------------------------tamat kisah--------------------------------------------------------------
hmm..apa yg kita dapat??
hargailah masa muda tu..
sentiase ingat satu hadis ni..
"Dari Mu’adz bin Jabal r.a, Rasulullah SAW bersabda : Dua kaki seorang hamba tidak akan berpindah (dari tempatnya berpijak nanti pada hari kiamat) sehingga dia ditanya tentang empat perkara : Tentang umurnya, kemana saja dia habiskan; tentang masa mudanya, dengan apa dia isi penuhkankan; tentang hartanya, dari mana dia mendapatkannya dan untuk apa dia belanjakan; dan tentang ilmunya, apa yg dia perbuat dengan ilmunya itu ?? ( Hadis Riwayat At Thabrani dan Al Bazzar)."
*Hadis ini mengingatkan kita agar tidak sembarang menggunakan umur, masa muda, harta dan ilmu yang telah diberikan Allah kepada kita, gunakanlah sebaik-baiknya, karena nanti di akhirat kelak kita akan diminta pertanggunjawabannya.
renung2kanlah..dan selamat beramal..
allahualam..^__^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan