Isnin, Jun 14, 2010

*kalau macam tu,biar saya jadi perogol*

bismillah..(96:1-5)
salam to all and selawat ke Nabi Muhammad SAW..

"Maka, kami memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala.Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka,yang mendustakan (kebenaran) dan berpaling (dari iman)." (al-lail:14-16)

1st of all..MAAF!!
sbb tajuk agk melampau..provoke skit je..=)
ni nak share dari sahabat kite nye blog..
kalau Allah Maha Penyayng,knape cipta Neraka??

ni sejibik2 kite copy de la tambah skit2..
bg sape yg malas nk tekan..iA share ni sbb utk diri no1..then utk sume juge..lillahi..^__^

Dipendekkan kisah, postnya lebih kurang begini:

Di Kelantan, kadang-kadang, penguatkuasa nya akan buat pemeriksaan mengejut di pasaraya untuk 'check' sama ada pekerjanya tutup aurat atau tak.

Kalau tak tutup aurat, mereka akan didenda dan diberi 'tazkirah percuma' dari ustaz yang bertugas.
Maka, ustaz itu pun memberi lah nasihat kepada seorang pekerja di Billion yang didenda sebab tak tutup aurat. Ustaz tu pun cakaplah tentang sifat Allah yang Maha Penyayang...

Ustaz  :  .....Allah itu Maha Penyayang, Allah pun sebenarnya                tak mahu campakkan hambaNya ke dalam neraka.   
Pekerja : (Mungkin tertekan dan malu sebab didenda) Habis tu,                  kalau Allah penyayang, kenapa Allah cipta neraka??

Ahh sudah... bahaya aqidah pekerja ni kalau dibiarkan...

maka, ustaz tu, dengan sempoinye dan dengan tenangnye menjawab,

“Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Lebih baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.
Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. 
Kalau awak nak lari, saya bunuh je. 
Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Pekerja tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused..

Ustaz tu pun jelaskan .

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok/senang. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga, lepas itu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. 
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?” tanya ustaz.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je.”
Rungut si pekerja. 

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila Tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Pekerja tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: 
“Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak."


Ya Allah..... tak terkata saya membacanya.
Saya mohon pada Allah supaya saya sentiasa diberi hidayahNya
dan
Saya mohon pada Allah agar saya diberi ilham yang baik semacam ustaz itu jika saya berdepan dengan soalan2 yang cuba menguji aqidah saya seperti soalan di atas.
Post ini sebenarnya mengingatkan saya pada Shah Kirit Kakulal Govindji, seorang muslim yang dahulunya hindu.
Ketika saya mengikuti ceramah beliau, beliau pernah cakap,
"Rugilah kamu kalau dalam hidup ini, tak pernah sekali pun kamu menyeru kepada orang bukan islam agar peluk islam"
"Saya dahulu, ketika masih bukan islam, tak pernah ade seorang pun orang islam yang menyeru kepada saya agar masuk islam. Jadi, saya pun tak pernah lah terfikir mahu masuk islam."
"Saya cuma masuk islam sebab nak kahwin dengan perempuan muslim..."

Begitulah permulaan Shah Kirit. Dan tak semua orang bukan islam diberi hidayah seperti beliau. Bukan semua..
I.Allah, jika ada izin Allah, jika baik waktunya dan caranya, saya juga mahu cuba menyeru pada yang bukan Islam. Kerana ini tanggungjawab. Anda juga sama. Perlu menyeru seperti saya.
Tapi, banyak lagi kitab-kitab dan buku-buku yang perlu kita baca, pelajari dan fahami terutamanya kitab terakhir, mu'jizat terakhir iaitu AL-QURAN.
 
"Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran."(2:221)
Sama-sama kita ke arah itu. InsyaAllah!
renung2kan..dan selamat beramal..allahualam..^__^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan