...manusia dicipta dari segumpal DARAH kmudian mnjdi seketul daging..ketahuilah salah satu daging itu andai ia baik, baiklah jasad seluruhnya, andai ia buruk, buruklah jasad seluruhnya.ketahuilah seketul daging itu ialah HATI...
hai kan sedap kalo 'aku' ni kene tampar sikit ng Pencipta 'aku'..
xbersyukur btol..how bad 'aku' ni..
bile bce sumone nye blog ni 'aku' mmang benar2 tertampar..
hukhuk..macih ALLAH bg ku tamparan dgn ilham mmbace blog hamba Mu itu..
nak tahu nape??
meh sini bace ni..
~memang ALLAH sengaja~
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL…
RENUNG2kanlah sahabat…..
p/s: bg yang tgk pic bwh ni..cube teka yg mne mr.right 'aku'..**nak tahu??letak comment satu nt 'aku' bgtahu..hehe..gurau jela..=P
gelak tibe2 ketika dgr radio sambil earphone di telinga..
tekejut mmbe sebilik..hehe..sory fina!!
hmm..pe la yg lawak sgt tu kn??
xdela..
de sorg DJ ni mnerima pnggilan dr sorg pndgr THR Gegar fm..hehe.. dgr suare cm laki lembut gitu tp walahualam la..
agk tercuit dgn kate2 nye..
DJ tny "nak sampaikan ucapan ap?"
mamat ni dgn nada yg agk gembira die berkata
" slmt mnyambut thn baru..xsabar nak tunggu thn bru ni..maklumlah nk mulekan tahun baru.."
DJ btny lg "nak mule thn bru ni mksdnye nk berkahwin la ek??"
mamat tu tergelak2 plak smbil bckp " ade plak akk ni..xkan la tahun baru je topik kawin..kalo camtu tiap2 thn bru nk kene berkawin..hehe..xla byk bnde nk dilupekan dAN mulekan hidup yg lbh bersih.."
DJ tu lak smbung "xdela ingt hppy sbb nk dari dua mnjadi satu..hehe..waah ni mmg xsabar lah nk sambut thn bru ni?? bguslah awk ni think positive.."
mamat tu plak bebel "mmg xsabar tp de bnde g yg xbesh nye bile masuk thn bru ni.."
jeng jeng jeng...
DJ kehairanan "bnde pe plak yg xsronoknye tu??"
mamat tu bg la tahu "yela akk oi..bile dah thn bru..kite plak yg jadi tua..heheh..tu yg xbesh..kalo sntiase mude okay la gitu.."
DJ pn tergelak2..bkn mereka je yg gelak..tapi kite pn tergelak gk..
adey..manusia2..
KAu hanya pikir hidup kau ni kat dunia je..
penah x kau pikirkan khidupan mu di akhirat kelak?
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (59:18)
ingat!!bkn sekadar diucapkan malah perlu turut dilakukan tanda syukur itu dgn sesuatu yg mendekatkan diri kpd Nya..insyaAllah...
satu ketika..aku sedang makan..
terlihat aku pd laptop murah ku..
satu wallpaper..terungkap bbrp kata2..
(sekadar gmbar hiasan)
lalu aku ingat kepada perjanjianku, dgn Mu ya Rabbi.. perjanjian yg saban hari aku perbaharui.. setiap hari pling kurang 5kali.. SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU, MATIKU, hanya UNTUKMU TUHAN sekalian alam..
lalu ku terpikir..terhenti suapan ku utk ke mulut.. tersedak dan tersedar ku seketika..
bukankah HIDUP ITU UNTUK MATI?? dan MATI UNTUK HIDUP yg lebih kekal dan bererti.. lalu ku mengerti..APA TUJUANKU DIHIDUPKAN DI ATAS BUMI INI.. DAN TUJUANKU DIMATIKAN KELAK..
muhasabah diriku..
ya Allah..Kau adlh Tuhanku. tiada Tuhan slain Kau. Kau yg mnciptakan dan aku hambaMu. dan aku brada dlm pjnjian dgnMu. ikrar kpdMu. kulakukan sgl kmampuanku. dan aku blindung pdMu. dari kjhtn ap2 yg tlh aku sndr lakukn. aku mngakui nikmatMu kpdku. dan aku mngakui dosa2ku. maka AMPUNILAH AKU. kerna tiada yg boleh mngampuni dosa2 kcuali Kau ya Rabbi..amin3x..
bnde ni kalo bdk yg BELAJAR MEDIC xpercye jugak..xtaulah nk ckp ap..
nmpk sgt la korg stakat TAHU ilmu medic tapi XPAHAM psl ilmu tu sbnrnye..
bace dan pikir2 kan sendri..
kay..=P
alkisah bermule..
Banyak sebenarnya. Estrogen, Testosterone, Phenylethylamine (PEA), Dopamine, Noradrenaline, Endorphins, Oxytocin dan Serotonin hanya sebahagian daripada kisah cinta ini. Interaksi bahan-bahan kimia semulajadi inilah yang menjadikan cinta seperti cinta yang kita kenali.
Lebih spesifik: Dopamine,Norepinephrine, dan Serotonin terhasil pada fasa mengurat dan terpikat. Oxytocin danVasopressin pula dikaitkan dengan hubungan jangka masa panjang. Apabila cinta dan kasih sayang sudah menebal. Bila mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata. Cinta. Cinta lahir dari mata tapi tidak terus ke hati. Cinta menyimpang ke jantung. Jantung menggetarkan ritma yang luar biasa, diterjemahkan di otak melalui sistem saraf autonomik. Terhasillah PEA (thanks to Klein Liebowitz), Dopamine dan Noradrenaline.
Kesemuanya dari salasilah yang sama dengan Amphetamine, juga dikenali sebagai Speed, sejenis dadah berbahaya. Kesannya? Hampir sama dengan Speed. Jantung rasa berdebar, lutut menggeletar. Air liur meleleh, tak dapat ketagih. Makan tak lalu, tidur tak lena. Hidup jadi serba tak kena. Hilang selera makan, peningkatan stamina (chatting berjam-jam tak letih punya...), perpeluhan, hyperactive, loya, gatal-gatal kulit (betullah istilah menggatal tu), peningkatan kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi, pening.
Kesannya kepada psikologi pula: banyak cakap, peningkatan konsentrasi dan confident, peningkatan respon dan euphoria (tu yang tergelak sorang2 tu...), insomnia, decrease REM sleep (tu yang tidur tak lena). PEA juga membuatkan seseorang itu yakin, alert dan berani mencuba sesuatu yang baru, sebab itu la kita tengok orang mabuk asmara ni sanggup buat yang pelik-pelik; lari dari rumah, lompat pagar asrama, sanggup buat apa-apa saja untuk yang dikasihi. (konon...!=p)
Tetapi, bila 'dibuang cinta', clash, putus cinta & kesannya amat parah. Otak serta-merta akan berhenti merembes PEA dan kesannya, sama dengan penagih Speed yang tak dapat stok; tak tentu arah, panik, bengong, boleh jadi gila. Tak mustahil medically. Cinta. Euphoria, gayat, ketagihan. Di luar kawalan. Di bawah sedar. Norepinephrine dan Dopamine sering dikaitkan dengan romantik. Mana taknya, ia merupakan desire molecule antara neurotransmitters. Dopamine yang terhasil di kala bercinta berhubungkait dengan penghasilan Oxytocin, sejenis hormon yang diperlukan oleh ibu-ibu yang menyusukan.
Oxytocin kadangkala digelar 'cuddle chemical'. Oxytocin dirembes dgn banyak ketika aktiviti-aktiviti aktif seperti urutan (sebab tu, urut-mengurut ni amat berbahaya bagi sesiapa yang tak nak jatuh cinta, hati-hati, cakar harimau amat baik untuk pasangan suami isteri...), aktiviti-aktiviti lasak dan aktif ketika dating juga adalah salah satu cara yang baik untuk mengurat; roller coaster ke, berlarian-larian, keliling pokok macam hindustan tu semua. Semua ini Oxytocin punya kerja. Oxytocin juga mengurangkan perasaan takut dan meningkatkan kepercayaan, itu kualiti penting dalam percintaan. Kajian juga menunjukkan Oxytocinmelembapkan beberapa fungsi pembelajaran dan ingatan. Hmm... tapi masih boleh dipertikaikan, sebab ada yang lebih berjaya dalam akademik bila bercinta. Kalau tidak hati-hati, Oxytocin berlebihan akan menimbulkan masalah. Akibatnya? Bila masing-masing sudah berkehendak, mulut tidak lagi boleh berkata tidak. Tangan mula meraba, mengusap, membelai.
I love You, You love I. Maruah pun tergadai.
LOVE OR LUST?!
Kami hanya bercinta. Saya sayangkan sangat si dia, takkan saya nak rosakkan maruah dia. Aaahh!! Ini semua dongengan hikayat seribu satu malam. Kata hukamak: tidaklah sepasang lelaki dan perempuan yang saling berkasih melainkan matlamatnya hanya satu: SEKS. Tak nak percaya kata hukamak? Sebab kita lagi pandai dari mereka? Nah, ambik ilmu sains. Stimulus berupa kehadiran orang yang disayangi, ke atas pasangan lain jantina yang normal kesihatannya, akan merangsang pusat kawalan seksual dalam otak.
Arnab betina hanya akan bertelur (ovulasi) dan menjadi aktif untuk membiak dengan kehadiran seekor arnab jantan yang menarik minatnya. Itu arnab, tapi manusia, taklah sampai begitu. Cuma apabila kita bercinta, libido amat tinggi, hinggakan setiap rangsangan dan hubungan (dengar suara pun jadi, zaman moden ni, baca SMS, message YM pun jadi) menimbulkan Erotik. Tak percaya? Bukak kamus Greek, tengok EROS maksud LOVE. So, takkan takde kaitan?
Tak percaya jugak? Belajar Medic, tak percaya? Susah nak cakap dah. Saya sayangkan sangat dia, saya peluk dia, tak terangsang pun nafsu saya & awas!!! Sila berjumpa dengan Dr. Ismail Thambi. Anda mungkin mempunyai masalah. Wanita pun sama, cuma pakar ramai sangat, jumpa lah mana-mana pakar sakit puan. Atau jumpa mana-mana pakar Psychiatry, mungkin boleh membantu.
PEA, Dopamine dan Noradrenaline tidak kekal lama. Kesannya hanya antara 12-18 bulan. Cinta kemudian beralih ke tahap lebih mendalam. Otak, yang sudah lali dengan semua ini, menghasilkan Endorphins, sekumpulan bahan kimia semulajadi berstruktur seakan morfin, satu lagi dadah berbahaya. Seperti morfin,Endorphins mempunyai kesan penahan sakit. (lantas, ambillah kapak belahlah dada. No hal punya!)
Sebab itu para mujahid di medan perang (perasaan terlalu teruja dan semangat sebagai contoh berjihad, menghasilkan endorphin dengan banyaknya) tidak peduli akan luka dan cedera. Kita pernah dengar kisah Jaafar At-Tayyar dalam perang Mu'tah. Endorphins juga bertindak sebagai penstabil mood yang jauh lebih tinggi kesan ketagihannya berbanding PEA. Endorphins dirembes dengan banyak ketika disentuh (sapa kata pegang-pegang tangan tu biasa??? Amat berbahaya!!), melihat pemandangan menyedapkan seperti senyuman (senyuman membunuh) atau selepas berfikir positif.
Cinta. Siang terbayang, malam termimpi. Gambar ditatap, bantal didakap. Sehari tidak bertemu dirasa sebulan, sebulan bagaikan setahun. Tapi kalau sudah bertahun-tahun asyik melihat, hati mula rasa meluat. Kesan Endorphins mula hilang, purata hanya bertahan 4 bulan hingga 4 tahun. Dulunya rindu bukan main. Sekarang mula mencari yang lain.
Serotonin. Kesan serotonin kepada seorang insan yang sedang bercinta adalah sama seperti kesannya dalam obsessive-compulsive disorder. Sebab itulah mereka ini tidak boleh memikirkan orang lain. Di mataku, di hatiku hanyalah dirimu.
Atas fakta ini jugalah, ramai berpendapat pesakit yang mengambil SSRI dan ubat-ubat antidepressant yang lain kurang mampu untuk jatuh cinta. Hmmm kesian. Lelaki yang lebih bijak dan teliti, mencari masa yang sesuai untuk membuatkan usahanya lebih berkesan semulajadi, secara fisiologi. Kiraan bulan gadis yang ingin dipikat boleh menjadi amat berguna. Persky dan kawan-kawannya dalam kajian mereka mendapati wanita menunjukkan perasaan dan pergantungan kepada cinta dan rasa ingin disayangi lebih kuat pada waktu sekitar pengovulasian.
Kajian terkini mendapati LH-RF sejenis hormon yang dirembes untuk merangsang LH seterusnya merangsang pengovulasian, berfungsi seperti dopamine dan serotonin dalam hubungan lelaki dan wanita ini. Ya, mungkin sukar untuk mengira dengan tepat kitaran bulan, tetapi kesan estrogen dalam badan wanita mungkin boleh diperhatikan. Perincian? Aah, sukar dan memakan masa. Ini zaman pantas, semuanya segera.
Vasopressin. Vasopressin berlebihan menjadikan manusia agresif dan cemburu keterlaluan. Sebaliknya, kekurangan hormon ini menjadikan manusia mata keranjang. Yang satu mahukan dua. Yang dua mahukan tiga. Yang tiga mahukan empat. Yang empat mahu semua.
...and THEN they lived happily ever after. Separately.
maklumlah dah lame xmenjenguk kat cini.. de la sekali dua singgh nk tgk blog ni coz of rindu tapi xde mase nk update or share pe2 kt cini..
really2 mybad..asif jiddan sume..huhu..
mmg bz btol la 3rd year ni smpi xde mse nk topup blog ni..
tp akhirnye..saya Dr. Liyana (bakal doktor insyaAllah)..hehe..telah berjye dgn ptolgn Yang Maha Kuasa dan Maha Pemberi Rezeki, menghabiskan sem1 bg thn ke3 ni.. ALHAMDULILLAH..^__^
hmm..nasib baik lah blog ni xbersawang macam rumah2 tinggalan lame tu..
sbb die sntiase dibersihkan oleh Mr.Blogger dan Mr.Google..hehe..(ayat bdk multimedia)=P
so..hmm..skg tibelah mse nye utk kite menghias alik blog ni dgn ap2 yg iA sedikit sbyk bleh mmbawa diri dan sume kembali padaNya..iA..=)
SHARING IS CARING kan kan??
1st of all..nk congratez all 3rd year student yg tlh mngmbil final mcq microb td..
ingat!!!itu smua dr Allah..markah mmg lame dah tertulis xleh nk pertikai..yg pnting usaha kite..tol x??hmm..yg xyh nk wat final oral jgn lah pas ni happy sgt and dok lagho wat mende xberpaedah..tu Allah dok nk uji kite..kite ni cari die mse susah je ke or stil cari die mse kite dah senang ni??
sedar x kite kite ni masih lg belum BERSYUKUR??
huhu..penampar utk diri spy xleka buang mase buat mende yg xboleh bawa utk AMALAN AKHIRAT KELAK..nauzubillah..
so iA kepada yg diberi peluang oleh ALlah khas menjadi finalis (cam nadzmi kate) utk mengmbil final oral microb..selamat bermujahadah stdy habes mungkin dan tawakal pdNya..
kite doakn korg yg terbaek and ALL DA BEZ FRENZ!!!^__^
aja2 fighting, chaiyok2!!!hmm..winter2..
nak gi kursk xdiizinkan..xpelah..xde rezki..
iA nak gi volgo..kalo xdiizinkan pn xpe..
jika itu yg terbaek ku redha..=)
tp pe2 pn iA akn mlncong ke turki istanbul dan berjaulah di lille france..=)
bg yg pulang ke msia..huhu..(dgn nada agk jeles)..-->SELAMAT PULANG KE MSIA..=(
JGN LUPE KITE KAT CINI TAU..NT ALIK CINI ALIK JGN LUPE BWK BUAH TGN DR MSIA..RINDU SGT NK BAU MAKANAN MSIA LBH2 LG..=P
EH2 DAH BYK MERAPU PLAK..
kay lah..ni iA post pertama stlh mningglkn blog skian lame..pasni nantikan post ke2..mcm2 ingin dikongsi bersame..^__^