Khamis, Julai 23, 2009

Salah ke?!

Bismillah..(96:1)

salam..

Nak kongsi sumting..

satu musykilah..

Q: Adakah salah jika seseorang yang sudah baligh masih tidak tahu membaca Quran dan apa hukumnya?


A: percaya kepada kitab2 yang diturunkan Allah adalh wajib dan termasuk dalam rukun Iman.

Setiap orang Islam yang sudah baligh wajib mengetahui secara ringkasnya 4 buah kitab iaituTaurat, Zabur, Injil dan Quran.

Kemudian dia wajib pula mengetahui secara terperinci apa yang terkandung di dalam Quran kerana Quran adalah kitab terakhir yang memansuhkan kitab2 sebelumnya untuk panduan dalam melaksanakan cara hidup Islam yang sebenar.

Maka kerana itu adalah berdosa bagi seseorang yang tidak tahu membaca Quran dan juga berdosa bagi orang yang tidak mempelajari atau memahami kandungan Quran sepenuhnya.

Wallahualam..^__^

Selasa, Julai 21, 2009

Samakah?!

Bismillah..(96:1)
salam..

Kawan saya punya kawan yang bukan beragama Islam bertanya orang Islam menyembah kaabah.
Padahal kaabah itu diperbuat daripada batu dan dibuat oleh manusia, maka samalah juga dengan orang2 yang bukan Islam menyembah patung?

Hmm..seperti yang telah disebut dalam Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud;

“ Timur dan barat itu kepunyaan Allah. Ke mana kamu mengadap maka di sana ada keredhaan Allah, kerana itu Allah luas rahmatnya amat mengetahui.” (2:115)

Umat Islam diperintahkan apabila melakukan solat mengadap kiblat@kaabah, bukan menyembah kaabah.
Ia adalah bertujuan untuk menyatukan hala bagi seluruh umat Islam sewaktu beribadat.
Umat Islam baik apa bangsanya di mana jua mereka berada diperintahkan melaksanakan satu ibadat kepda Tuhan Yang Esa pada waktu yang ditetapkan dengan menghadap ke arah yang sama (solat).
Bentuk bangunan dan dari bahan apa kaabah itu dibina tidak penting.

Kerana orang Islam bukan memujanya, yang disembah ialah Allah SWT.
Maka untuk menglakkan percanggahan dan perselisihan, maka Allah memudahkan kita dengan menetapkan satu arah supaya umat Islam menghadapkan muka ke arah kikblat yang satu ketika solat.

Wallahulam..^__^

Isnin, Julai 20, 2009

cara untuk senang tut..=D


bismillah..

salam kawan2..

kali juz nak kongsi..


bnde ni bkn main2..

tp xdibuktikn lg melalui kaedah saintifik..

cume dah dibuktikan dgn kaedah praktikal..

hehe..


anggaplah ni petua org2 muda..


Q:macam mane dah mudah berak??khas bg org yg nak berak tp xboleh or susah nak berak..


A: cara 1-minum air radix panas..

minum nescafe pn boleh laa..


cara 2-makan kuaci chacher..


pastu..

cam bese langkah seterusnya..


bile anda dah rase sakit perut..


niat nak berak b4 msuk tndas..

kmudian bce doa masuk tndas..

mule kan duduk di mangkuk tndas dgn bismillah..


bnde ni sume org tahu tp rmi org xbuat sbb lupe or malas..


hah!!!

lagi satu..

pasal mkn pisang, itu hanya bfungsi mengeraskan najis..

pasal mkn betik plak mungkin boleh diamalkan..


walahualam..^__~

Ahad, Julai 19, 2009

Only once..


Bismillah..(96:1)

salam..

Nak berkongsi satu musykilah berkenaan adab bersuci.

Q: mengambil wudhu’ sekali sahaj dan tidak diulangi sebanyak tiga kali sahkah atau tidak?

A: yang diwajibkan ialah meratakan air ke seluruh anggota wudhu’.

Jika sudah rata basuhan yang pertama, maka telah sempurna wudhu’ seseorang itu.

Basuhan pada kali kedua adalah bertujuan untuk menyakinkan.

Basuhan ketiga adalah sunat.

Kerana Rasullullah telah bersabda yang bermaksud “Allah itu sukar kepada witir (angka ganjil)”.

Wallahualam..^___^

Sabtu, Julai 18, 2009

**KHAS BUAT SARAH NABILA**

bismillah..

salam dear..

ni untuk kamu..

kite berdoa yg terbaik utk kamu dan family kamu..insyaAllah amin..^__^

Jumaat, Julai 17, 2009

~jgn marah-tag utk boikot~

bismillah..
ni dibuat krn di tag oleh teman baikku-farahin..


Here’s what we should do. it’s simple: list down 5 of the products from the list that you are boycotting, and then list down 5 of the products that you will try your best to boycott, and finally list another 5 of the products that you find it hard to boycott, and tag 5 others.

This tag is to get everyone to read the list below carefully and identify which products affects your life and the lives of the Palestinians most! You can also compare your list with your friends and see: if they can boycott one product that you haven’t been boycotting, why can’t you start to boycott the product too?

5 products that i'm boycotting:

starbucks- mmg xpnh teringin nk gi pun
Nokia- mmg xsuke dari dlu
disney- suke gak tp dah xpndg sgt
nescafe- mmg xsuke sbb de 3 in 1
calvin klein- terpakse buang dari list fav. ku sbb de je jenama len yg wangi gk ^__~

5 products i'll try my best to boycott

ni sume xpnh de minat nk pakai..huhu..
clinique
Marks & Spencer
carrefour
Timberland
Kimberly-Clark

5 products hard to boycott:

Johnson & Johnson - mmg suke giler tp nak wat cmne..
mcD- xla suke sgt juz nak mkn aiskrim die je yg sdp tu..
loreal- 1jenis je pnh pki iaitu toner die shje tp suke sbb mmg ssuai ng kulitku
coca-cola- xtau nak ckp cmne..huhu..
kotex- ni je choice tut yg kite suke sbb selesa..sedey2..

insyaAllah i'll try my bez to da boikot kempen ni..permudahkanlah ya Allah..amin..walahualalam..^__^

Khamis, Julai 16, 2009

**Untuk kau raya kau, untuk aku raya aku.


Bismillah..(96:1)

Salam semua..

Kali ni kita nak kongsi pasal hukum menyerupai atau merayakan perayaan orang kafir atau yang sama maksud dengannya.

Berkata Ibn Al-Qayyim yang mafhumnya;

“ Adapun memberi ucapan tahniah dengan syiar kekufuran adalah haram secara ijma’ seperti mengucapkan tahniah kepada sambutan perayaan mereka atau puasa mereka. Sekalipun jika diandaikan pengucapannya tidak kufur tetapi ia masih melakukan sesuatu yang haram seperti mana ia mengucapkan tahniah atas kejadian penyembahan kepada salib bahkan lebih besar dosanya daripada mengucapkan tahniah kepada peminuman arak, penzinaan dan sebagainya. Ramai orang yang kurang pengetahuan agama terjebak dalam suasana seumpama itu. Barangsiapa yang mengucapkan tahniah kepada orang lain yang melakukan bid’ah, maksiat atau kekufuran sebenarnya telah menjebakkan dirinya kepada kemurkaan Allah. Ramai kalangan ahli wara’ tidak mengucapkan tahniah kepada pemerintah yang zalim, serta orang2 yang jahil yang menjawat jawatan yang tidak layak padanya, kerana menjauhkan diri mereka daripada ditimpa kemurkaan Allah.”

Renung2kanlah.. nak lagi ke deepa-raya? Nak join ke Christmas eve? Lu pikirlah sendiri.. Walahualam..