Selasa, Julai 21, 2009

Samakah?!

Bismillah..(96:1)
salam..

Kawan saya punya kawan yang bukan beragama Islam bertanya orang Islam menyembah kaabah.
Padahal kaabah itu diperbuat daripada batu dan dibuat oleh manusia, maka samalah juga dengan orang2 yang bukan Islam menyembah patung?

Hmm..seperti yang telah disebut dalam Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud;

“ Timur dan barat itu kepunyaan Allah. Ke mana kamu mengadap maka di sana ada keredhaan Allah, kerana itu Allah luas rahmatnya amat mengetahui.” (2:115)

Umat Islam diperintahkan apabila melakukan solat mengadap kiblat@kaabah, bukan menyembah kaabah.
Ia adalah bertujuan untuk menyatukan hala bagi seluruh umat Islam sewaktu beribadat.
Umat Islam baik apa bangsanya di mana jua mereka berada diperintahkan melaksanakan satu ibadat kepda Tuhan Yang Esa pada waktu yang ditetapkan dengan menghadap ke arah yang sama (solat).
Bentuk bangunan dan dari bahan apa kaabah itu dibina tidak penting.

Kerana orang Islam bukan memujanya, yang disembah ialah Allah SWT.
Maka untuk menglakkan percanggahan dan perselisihan, maka Allah memudahkan kita dengan menetapkan satu arah supaya umat Islam menghadapkan muka ke arah kikblat yang satu ketika solat.

Wallahulam..^__^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan