Bismillah..(96:1)
salam..
Nak kongsi sumting..
satu musykilah..
Q: Adakah salah jika seseorang yang sudah baligh masih tidak tahu membaca Quran dan apa hukumnya?
A: percaya kepada kitab2 yang diturunkan Allah adalh wajib dan termasuk dalam rukun Iman.
Setiap orang Islam yang sudah baligh wajib mengetahui secara ringkasnya 4 buah kitab iaituTaurat, Zabur, Injil dan Quran.
Kemudian dia wajib pula mengetahui secara terperinci apa yang terkandung di dalam Quran kerana Quran adalah kitab terakhir yang memansuhkan kitab2 sebelumnya untuk panduan dalam melaksanakan cara hidup Islam yang sebenar.
Maka kerana itu adalah berdosa bagi seseorang yang tidak tahu membaca Quran dan juga berdosa bagi orang yang tidak mempelajari atau memahami kandungan Quran sepenuhnya.
Wallahualam..^__^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan