Bismillah..(96:1)
Salam semua..
Kali ni kita nak kongsi pasal hukum menyerupai atau merayakan perayaan orang kafir atau yang sama maksud dengannya.
Berkata Ibn Al-Qayyim yang mafhumnya;
“ Adapun memberi ucapan tahniah dengan syiar kekufuran adalah haram secara ijma’ seperti mengucapkan tahniah kepada sambutan perayaan mereka atau puasa mereka. Sekalipun jika diandaikan pengucapannya tidak kufur tetapi ia masih melakukan sesuatu yang haram seperti mana ia mengucapkan tahniah atas kejadian penyembahan kepada salib bahkan lebih besar dosanya daripada mengucapkan tahniah kepada peminuman arak, penzinaan dan sebagainya. Ramai orang yang kurang pengetahuan agama terjebak dalam suasana seumpama itu. Barangsiapa yang mengucapkan tahniah kepada orang lain yang melakukan bid’ah, maksiat atau kekufuran sebenarnya telah menjebakkan dirinya kepada kemurkaan Allah. Ramai kalangan ahli wara’ tidak mengucapkan tahniah kepada pemerintah yang zalim, serta orang2 yang jahil yang menjawat jawatan yang tidak layak padanya, kerana menjauhkan diri mereka daripada ditimpa kemurkaan Allah.”
Renung2kanlah.. nak lagi ke deepa-raya? Nak join ke Christmas eve? Lu pikirlah sendiri.. Walahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan