bismillah..
memori thn ini..
Tarikh: 21 jun 09, ahad
Tempat: Lost World Tambun Ipoh @ buatan manusia
Program ni telah dirancang last minute pada hari khamis pada minggu itu oleh kite and fatin ahmad. Tak sangka dapat juga kami pergi bersama2 setelah bersusah payah meng”contact” kawan2 di seluruh Malaysia..chewah!!! bajet jauh je..ramai yg dari perak. Hanya seorang dari Selangor yang berjaya membawa diri untuk turut serta memeriahkan program ini. Terima kasih bebanyak diucapkan kepada kawan kite yang sudi meluangkan masa dan yang paling penting sanggup berkorban naik bas dari Selangor pada malam hari sabtu sampai ke Ipoh, Perak. Tak sangka pada mulanya, tapi mungkin takdir Allah menemukan kite semula setelah sekian lama (satu tahun) xdapat berjumpe. Chewah!! Ayat xboleh belah.. seramai 7orang yang telah mengikuti program berpicnic di lost world tambun. Senarai peserta adalah seperti berikut:-нур лияна абу бакар
-кхаирон фатэн натхаща
-нур фатин ахмад
-нор хусна амир
-фатирах рослан
-нурул аин нафисах
Seperti yang dirancang, dua orang tuan rumah yang berbesar hati menyediakan penginapan bertaraf 6stars di Ipoh ( ЛИЯНА & ХУСНА ). Фатин & фатирах tidur di rumah kite manakala аин & вахидах tidur di rumah хусна. Тхаща@adek tidur di rumah beliau sendiri di manjoi. Kami berkumpul di hadapan pintu masuk LW (lost world) pada pukul 10pagi. Wah..sungguh ramai orang yang datang ke situ. Kami baru teringat yang hari itu hari ahad. Memang la ramai pengunjung kalau weekend ni. Agak hampa kerana ingatkan nak berseronok xramai orang coz musim cuti sekolah dah abis tapi ramai gak rombongan sekolah2 datang hari tu. Tak pelah.. alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi. Ade seorang makcik memanggil kami ketika kami sedang beratur untuk membeli tiket. “nak ni datang bape orang? Ni ada tiket diskaun untuk 6orang. Amiklah..” wah..dapat murah daripada harga asal rm25 sorang,kongsi dan bahagi 7 dapat la sorang bayar rm21 je termasuk dua cabinet tempat untuk simpan barang yang disewa. Dah salin baju, pe lagi mandi-manda la kami di situ. Apa yang kite tak lupe ialah kite jumpe alik kawan2 kite mase sekolah rendah dulu. Bayangkan lepas 8tahun sejak darjah 6 dulu, baru kami bersua kembali. Takdir Allah, sape dapat jangka kan? Happy gak dapat met wani, fizrul, husni, alif,dan tu je kot..semua dah besar, semua dah berubah. Tapi syukur Alhamdulillah mereka semua dapat sambung pelajaran di IPT2 di Malaysia. Lepas dah puas mandi, tukar baju dan solat zohor. Masing2 kepenatan dan kelaparan. Nasib dan rezeki kami dapat lak hari tu mak husna masakkan nasi goreng dan bihun goreng. Dapat la makan kat situ juga, kire picnic la gak. Walaupun nasi goreng xdapat di makan kerana basi, tetapi bihun goreng alhamdulillah sempat diselamatkan. Pastu, saja gatal2 nak gi giant yang dekat situ. So naiklah kitorang berhimpit2 cam tin sardine dalam kereta kancil kepunyaan husna. Mmg pandailah kitorg susun, muat walaupun kitorang ni besar2. Hehe.. pengalaman yang menarik. Kalau kene tahan dengan polis kantoi je. Gi giant bukan shopping pun, just window shopping. Then, kitorang tetibe je plan nak tidur ramai2 kat rumah husna malam tu. Sebab husna tawarkan untuk bawak kitorang gi mandi air terjun lak esoknye. Tapi mase tu xpasti lagi jadi ke tak sebab tak tau lepas ke x naik kereta kancil seramai 7orang dari rumah husna ke chepor tu. Silap hari bulan, mau kene tahan kalau ade roadblock. So, bile abah dah sampai amik kitorang kat giant tu, terus cakap pasal nak tidur umah husna malam ni sebab sok nak main air terjun. Mula2 abah agak keberatan nak hantar kitorang ke umah husna sebab penat, tapi sebab muka kasihan kami abah sanggup hantar gak. Huhu.. terharu..macih abahku!!! Seperti yang dijangka, adek tak dapat turut serta tidur di rumah husna sebab mak dia tak dapat hantar. Kami pun tidur la 6orang di rumah husna. Makan, sembang, tengok tv bersama2. Best memang best. Happy coz dapat rase macam berada di asrama kat maktab dulu..=) ain tidur paling awal, paling lambat fatirah kot coz tengok cerita korea ( boys over flower).
Tarikh: 22 jun 09, isnin
Tempat: Air Terjun Chepor, Jelapang, Perak @ nature
Esoknye, hari yang ditunggu2 telah tiba. Rase cuak gak nak naik kereta ramai2 ni. Dah la baru lessen P. tapi memang patut pun tampal tanda P tu kat belakang kereta sebab dalam kereta tu memang “P”enuh..hehe.. husna baik hati sanggup mengambil adek di rumah beliau. Nasib baik mase nak carik umah adek ade lah sepasang suami isteri yasng baik hati tunjuk jalan ke rumah adek setelah ditanya oleh husna..adoi rase ayat skema semacam lak. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan. Mase nak alik ke rumah husna tu untuk bersiap sedia ke destinasi seterusnya, kitorang hampir tersesat jalan. Nasib baik husna ingat gak akhirnya jalan pulang. Dah siap packing barang untuk berpicnic di Chepor, kami pun memulakan perjalanan menaiki kereta kancil itu berhimpit2 dengan bacaan doa mudah2an Allah permudahkan urusan kami. Memang kelakarlah. Ramai pemandu2 melihat ke arah kami semasa di jalan raya. Buat xtau sudah..hehe.. sampai je kat Chepor, kami pilih port yang xde orang dan masuk ke dalam air terjun yang sangat sejuk tu..bez sangat2.. memang sejuk, entah berapa degree air tu. Bersih dan dingin. Ade anak2 ikan kecil turut serta berenang bersama kami. Batu2 di situ licin kerana berlumut. Tak la dalam sangat sebab kami tak pergi tempat yang tinggi. Berendam la kami bersuka ria. Bila bosan, kami main macam2 permainan termasuk pertandingan regu yang diadili oleh saya.hehe.. ade dua kumpulan. Kump. Buluh Perindu yang diwakili oleh fatin, ain, dan wahidah telah tewas kepada kump. Power Gurlz yang dibarisi oleh adek, husna dan fatirah. Tahniah kepada pemenang dan tahniah juga kepada yang kalah kerana tetap tidak berputus asa dan bersemangat waja semasa bermain. Lepas penat main, sebab susah nak salin baju, kami pulang dalam keadaan basah ( kecuali adek dan saye yang rajin menukar baju di situ) menaiki kereta kancil yang comel itu. Hehe.. nasib baik tak ade roadblock. Memang Allah permudahkan. Kemudian kami secara tak sengaja membuat plan baru. Iaitu menginap beramai2 di rumah saye plak. Terpaksa lah melambatkan lagi 1 hari untuk pulang ke rumah bagi fatirah, fatin, ain dan wahidah. Kesian diorang tapi diorang yang sanggup, so on je la program. Petang tu abah kite amik kat umah husna. Husna tetap drive kereta kancil tapi kali ni xlebih muatan coz 3orang naik kereta abah. Abah menjadi pemandu pelancong yang diundang tanpa bayaran menunjukkan jalan kepada husna ke rumah kite. Bukan susah pun.ikut highway, then sampai je tol simpang pulai kua tak sampai 500m dah sampai umah kite kat Bandar pulai jaya. Nanti kalau ade sape2 nak datang nak melawat ke menginap ke dijemput datang. Tapi kena la bagi tahu sebab kita cuti tak lama.hehe.. tidur la kami ber7 di rumahku. Memang best sebab tak ade apit and kakdira. Kalau tak susah la nak tidur, sebab umah aku kecik kalo nak dibandingkan dengan umah husna. Hmm, malam tu makan nasi impit yang ibu kite masak pastu tengok cerita Hindustan. Malam tu fatirah yang tidur awal. Adek tidur di bilikku, manakala yang lain tidur di bilik apit. Pagi soknye pas ibu dengan abah dah gi kerja, kami sarapan sama2 except fatin yang nyenyak tidur lagi mase tu. Then, mandi dan ade yang tengok tv. Pastu dah kul10lebih, mereka pun nak beransur pulang. Adek tak dapat pulang bersama mereka sebab melebihi muatan (takut de roadblock kat jalan nanti). So, kami pun akhiri gathering kami selama 3hari tu dengan sesi tangkap gambar di rumahku. Adek alik petang tu setelah ibunya datang menjemputnya di rumahku. Tamat..^__^
p/s: kepada iylia dan mardek@mardiana, kitorang mintak maaf sangat2 sebab korang tak dapat join kitorang. insyaAllah tahun depan kalau de umur dan rezeki, kite boleh jumpa lagi. Mungkin di pangkor ( kata fatin). Orait babe?! Daa..tu je..walahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan