Selasa, Julai 14, 2009

*Poll-itiK *

BISMILLAH..(96:1)

Salam semua..

Kali ni nak bercakap tentang politik..

Walaupun ana bukan orang yang layak berhujah tentng bab ni tapi ana terpanggil untuk sampaikan sesuatu tentang politik ni..chewah!!

Hmm.. tahun ni insyaAllah ana bakal hidup di dunia selama 20tahun. Jika dipanjangkan umur, tahun depan insyaAllah ana akan berumur 21tahun.

When it’s come 21year old, ana ade satu tanggungjawab. Rasenye semua orang yang dok kat Malaysia ni tahu apa tanggungjawab itu kan? Tanggungjawab mengundi pemimpin kita.

Apa yang ana nak tekankan kat sini bukan la tentang parti or pihak yang mana patut kita pilih, antara barisan nasional ataupun barisan alternatif. Tapi tentang siapa yang kita patut pilih sebagai pemimpin kita. Allah juga telah berfirman di dalam ayat Quran yang bermaksud;

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (5:51)

“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pemimpin atau penolong) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu).” (3:28)

Makanya, selagi ada orang yang beragama Islam sebagai calon dalam sesuatu pilihan raya, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memilih dia sebagai pemimpin. InsyaAllah ia boleh mendatangkan kebaikan bagi semua pihak termasuk kepada yang bukan beragama Islam kerana agama Islam itu agama fitrah manusia.

Kalau kita mnjadi seperti orang yang tak mahu mengambil hal bila disebut tentang politik cam orang yang berkata2 “pe undi2 ni? Malas ar nak pikir, dah la penuh propaganda dan sandiwara. Wat tambah dosa je kalau join sekali.”, sebenarnya itu salah. Kalau kita tak jalankan tanggungjawab mengundi, kita sebenarnya dah melakukan dua kesalahan. Satu tak mengundi sebagai seorang rakyat, satu lagi tak mengundi orang yang layak dan sepatutnya (muslim) sebagai seorang muslim. Dah dapat dua dosa. Apa salahnya jika kita mengundi, lain lah kalau ada sebab yang munasabah yang menyebabkan kita memang tidak dapat melaksanakan tanggungjawab itu seperti uzur atau sebab2 lain.

So, lu kena pikir la. Mana boleh malas2 ni. Walaupun politik kini hanya penuh dengan propaganda, tapi kita jugalah yang memegang amanah dalam mencorakkannya kerana kita sebagai salah seorang rakyat yang memilih pemimpinnya untuk kesejahteraan masyarakat, agama dan negara. InsyaAllah, walahualam..^__^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan