bismillah..(96:1)
salam sume..
ni sekadar nak kongsi pandangan..
berkenaan tajuk yang tertulis di atas..=)
Islam adalah agama FITRAH. Oleh kerana itu Islam mewajibkan dan menganjurkan umatnya samada lelaki mahupun wanita mengikuti fitrahnya. Sentiasa berkeadaan bersih dan mengamalkan kekemasan yang dianjurkan. Walaupun kebersihan dan kecantikan amatlah digalakkan dalam kehidupan namun ia akan membawa satu kemusnahan yang besar jika tidak dibatasi dan ditapis dengan had2 yang telah ditetapkan dalam syayriat Islam.
Apakah punca kemusnahan itu? Itulah yang idnamakan FITNAH wanita. FITNAH wanita samada berupa kecantikannya, sifatnya, fizikalnya, suaranya dan macam2 lagi. Begitulah yang sering diibaratkan bahawa wanitalah punca segala kemusnahan. Namun kepada yang sentiasa membatasinya akan terselamat dari FITNAH ini. Wanita seharusnya menyedari hakikat ini dengan menjaga adab dan peribadi sebagai wanita muslimah.
Apabila wanita itu berniat kepada kemusnahan maka kemusnahanlah yang akan berlaku. Contohnya seorang wanitamemakai wangian yang berlebihan dan memakai baju yang mencolok mata semata2 untuk mendapatkan perhatian atau memikat lelaki demi kepentingan dirinya. Maka lelaki itu akan terpesona dengan kecantikannya. Lalu mungkin apa yang berlaku adalah dari ingin memilik cinta bertukar menjadi NAFSU semata2 .
Hakikatnya wanita sebegini telah melakukan FITNAH yang besar kepada kaumnya, juga kepada dirinya sendiri. Kerana inilah Allah SWT mengharamkan perhiasan berlebihan dalam erti kata lain berTABRRUJ. Dari situlah bermulanya kemusnahan yagn berlaku masa kini namun tidak disedari dengan mata kasar. Wanita juga akan menjebakkan diri mereka dalam kehancuran apabila begitu mempercayai lelaki yang hanya mahu mengambil kesempatan terhadap mereka. Memang FITRAH manusia menginginkan kecantikan dan perhiasan. Namun hendaklah dibezakan antara keperluan dan keinginan@ NAFSU. NAFSU ITU LAH YANG BUTA, bukan cinta. Kerana CINTA ITU INDAH dan dalam CINTA, kita MEMBERI YANG HALAL DAN BERKORBAN UNTUK KEBAIKAN bukan MEMINTA YANG HARAM DAN BERKORBAN UNTUK KEPUASAN. Hanya IMAN, ISLAM DAN IHSAN serta KETAKWAAN lah yang dapat mengatasi nafsu dan fitnah di dunia.
Kesimpulanya, kecantikan itu fitrah tapi menjadi FITNAH jika tidak mengikut batasan agama. Begitu juga menyukai sesuatu yang cantik. Seperti lelaki menyukai wanita atau sebaliknya, itu FITRAH tetapi akan menjadi FITNAH kalau membuat sesuka hati tanpa panduan dalam cara hidup Islam yang sebenar seperti ‘COUPLE’ sebelum nikah = ‘ZINA’ sebelum kahwin. Ingatlah zina itu bukan fizikal sahaja, malah zina hati, tangan, mata, mulut dan macam2 lagi pasti berlaku jika bercinta bukan pada masanya ( sebelum kahwin)dan bukan pada orang yang sepatutnya (kepada suami atau isteri yang sah). zina hati @ RINDU adalah zina paling bahaya kerana x nampak di 'mata' tp dekat di 'hati'. kadang-kadang tanpa kita sedari, kita dah lakukan zina hati.
Walahualam..^___^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan