bismillah..(96:1)
salam sume..ni ade satu cerpen khas untuk hari bapa yang lalu..
saje2 je..=)
FIRMAN ALLAH SWT:
“Harta benda dan anak2 itu menjadi perhiasan di dunia.”(41:12)
Berulangkali kata2 Ustaz Mustaqim terngiang2 di telingaku. Katanya harta kekayaan, pangkat dan anak2 adalah suatu cubaan bagi umat manusia di muka bumi ini. Kita bekerja keras untuk mengumpul kesenangan harta. Kita berusaha tanpa jemu dalam mengejar impian hidup.
Kita tenggelam dalam arus dunia. Semua nikmat kita terima sepanjang masa. Tetapi berapa banyak di antara kita yang bersyukur di atas nikmat2 ALLAH ini?
Aku terus berfikir lagi apabilka aku terbaca kata2 pemimpin ini. Katanya, dunia ini sebnarnya cukup untuk memenuhi keperluan seluruh umat manusia, tetapi tidak akan pernah cukup untuk memuaskan ketamakan hati dan nafsu seorang anak adam.
Demikian pendapat yang kukira sangat membuatkan aku tesedar dan bersujud lama di atas sejadah!
Kalau selama ini, aku tiada masa kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia, namun semuanya berubah apabila aku kehilangan anak bongsuku. Anak lelaki tunggalku yang baru berusia 20tahun.
Peristiwa inilah yang mengajar aku kembali mengenal tikar sembahyang. Aku bukan bapa yang baik atau sempurna. Aku lalai dalam mengejar kemewahan dunia. Aku bekerja keras untuk memastikan keluargaku hidup bahagia seperti orang kaya yang lain.
Masaku banyak habis dengan mencari wang. Malah, saat perniagaanku semakin mantap, aku jadi amat sibuk mengalahkan perdana menteri gamaknya. Jika 24jam sehari diisi dengan masa bersama keluarga dan ibadah kepada Yang Maha Esa, tapi amat berbeza sekali dengan gaya hidupku. Seolah-olah aku bukan penganut agama Islam kerana rukun Islam pun aku tak buat iaitu solat 5waktu.
Aku terus bekerja siang malam. Ada ketikanya, aku berurusan di luar negara untuk mencari keuntungan berlipat ganda dari para pelabur asing.
Aku berpegang teguh dengan pepatah lama iaitu yang bulat itu tidak akan datang bergolek dan yang pipih itu tidak akan datang melayang. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Apabila aku menggenggam bara api, akan kugenggam sehingga menjadi abu!
Nadira, isteriku sangat berbangga dengan pencapaianku dalam kerjaya. Telah 30tahun kami hidup sebagai suami isteri. Dua orang anak sudah memadai kerana Nadira serik dengan alahan dan pembedahan setiap kali melahirkan anak.
Alasannya lagi, bentuk badannya akan berubah. Dia juga tidak mahu aktivitinya terganngu dengan beranak ramai walaupun kami ada orang gaji. Aku sangat sayangkan Nadira sehingga aku tidak pernah membantah segala hasratnya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pernah suatu ketika dulu, emak menegur aku tentang Nadira dan cara aku mendidik Fatin dan Zuhairi. Emak dan ayah sudah tidak tahan melihat cara kehidupan keluargaku. Seminggu emak dan ayah tinggal di rumahku, sudah cukup untuk emak merasa sedih dengan cara aku mengajar mereka.
“ Mak bukannya nak masuk campur hal rumahtangga kau, tapi kau sangat lemah. Isteri kau tu, umur dah meningkat tapi hidup bersosial sana-sini macam remaja sekarang. Sekejap ada parti, sekejap ada dinner dan entah apa2 lagi.”
“ Tengok caranya berpakaian, mendedahkan aurat. Kepala tak bertudung, baju terdedah. Mak tak pernah tengok kamu semua sembahyang. Anak2 kau pun sama. Keluar siang, lewat malam baru pulang. Apa yang mereka buat?” mak seperti tidak puas hati dengan keluargaku.
“ Ala mak, mereka dah besar. Tahulah jaga diri. Nadira tu bukannya apa, dia banyak member. Jadi apa salahnya, sesekali dia keluar makan kat luar. Lagipun dia banyak masuk persatuan, jadi kena lah aktif mak.” Aku cuba untuk membela isteriku.
“ Tapi ayah nampak hidup kau kucar-kacir. Kau sendiri tak ada masa nak bersma mereka. Ada kau tanya ke mana Fatin keluar dengan budak laki tu-husaini? Ada kau selidik dengan siapa Zuhairi berkawan?” ayah menambah.
“ Mak, ayah, mal tak ada masa. Pandailah diorang uruskan hidup masing2. Mal dah beri pelajaran, beri duit. Hidup senang lenang ni pun, Mal nak pastikan diorang sempurna macam orang lain.” Balasku tidak mahu mengalah dengan leteran mak dan ayah.
“ Mal, sebagai suami dan ayah, tugas kau bukan setakat member nafkah, menyediakan makan minum atau tempat tinggal je. Tapi kau bertanggungjawab memastikan semua hali keluarga kau menunaikan kewajipan kepada Allah dan melaksanakan tugas sebenar seorang muslim. Dan juga member perlindungan dan kasih sayang yang betul.
“ Kau kena tahu apa yang anak isteri kau buat. Kau kena Tanya mereka sudah mensyukuri nikmat Allah selama ni ke. Bukan sekadar member kesenangan hidup tanpa mempertimbangkan nilai rohani mereka.” Wah..bukan main emak berceramah. Ayah mengangguk dari belakang, tnada setuju dengan pendapat emak.
Aku terkedu, tak mampu untuk melawan cakap emak lagi. Semua yang emak cakap, benar belaka. Aku tidak sanggup digelar anak derhaka. Aku tahu betapa sejak kecil dulu mereka berdua membesarkan aku dengan deraian air mata.
Semasa aku kecil, kehidupan kami sekeluarga amat susah. Emak dipinggirkan oleh abang2nya kerana harta. Bukan slaah emak. Panjang cerita ini, tapi aku simpan kemas di lubuk hati, peristiwa yang berlaku dulu.
Emak, anak perempuan tunggal nenek. Empat lagi anak nenek, lelaki semuanya. Semasa nenek sakit, emak dan ayah yang menjaga nenek sehinggalah nenek meninggal dunia.
Nenek berwasiat, hartanya diserahkan kepada emak. Tanah di hujung kampong seberang menjadi milik emak. Bapa2 sedaraku tidak berpuas hati dan mereka menuduh emak yang memujuk nenek untuk memiliki tanah itu. Padahal, emak pun tidak tahu nenek meninggalkan wasiat itu.
Mereka tidak senang hati dengan pembahagian harta itu. Kononnya, tanah di seberang mempunyai nilai yang tinggi berbanding tanah sawah yang mereka dapat. Pak long dan isterinya beria-ia menuduh emak dan ayah memujuk nenek dalam hal ini.
Sejak itu, emak ayah mengmbil keputusan untuk berhijrah ke tempat lain. Kerana harta, mereka sekeluarga bertelingkah dan bermasam muka. Aku sudah di sekolah menengah ketika itu. Ayah mendapat tender sebagai pengusaha kantin sekolah. Ketika itulah, rezeki kami bertambah.
Aku kagum dengan semangat ayah. Aku bangga kerana walaupu nemak disisihkan oleh keluarga sendiri, namun emak tetap bertahan. Emak tetap setia dengan ayah. Berkongsi suka dan duka.
Ayah dan emak sangat tegas dalam memberikan kami pendidikan agama. Ayah akan merotan kami jika kami meninggalkan solat. Kak ngah juga pernah dimarahi ayah kerana cuba untuk keluar malam. Ayah menyatakan, sebagai anak perempuan, kak ngah wajib menutup aurat. Tidak sehelai rambut pun diizinkan nampak jika hendak keluar rumah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apabila aku teringat kembali sejarah lama, aku jadi takut untuk melawan cakap emak dan ayah. Apa yang emak luahkan itu semuanya betul. Aku mengabaikan keluarga sendiri.
Namun, aku malas bertegang leher dengan Nadira. Nadira sangat sosial dan moden. Keluarganya pun orang bandar. Pernah dulu, aku cuba menasihatinya agar kurangkan aktiviti sosial, namun nak tahu apa jawapannya?
“ Ala, dah hampir 30tahun kita kahwin. Ada abang pergi berjemaah di masjid? Sekarang, baru abang nampak keburukan Nadira? Selama ini, pernah abang ada masa untuk Fatin dan Zuhairi? Pernah abang tanya mereka, adakah mereka solat? Jadi Nadira rasa, biarlah kita macam dulu juga.” Balas Nadira angkuh.
“ Abang akui, abang telah mengabaikan Nadira dan anak2. Sekarang, abang ingin perbetulkan apa yang silap itu. Abang harap, Nadira sedia berubah. Masa depan anak2 yang penting. Mereka kurang didikan agama dan kita masih belum terlambat untuk memperbaiki kekurangan kita..” ungkapku penuh makna. Moga Nadira mengerti apa yang ingin kusampaikan.
“ Sejak bila abang jadi macam ni? Mungkin sejak emak dan ayah datang tempoh hari? Nadira baru perasan mak dan ayah lain macam saja apabila pandang Nadira. Malah, emak turut marah pada Fatin dan Zuhairi. Patutlah Fatin dan Zuhairi mengadu yang mereka tak suka ditegur oleh mak dan ayah abang hari tu.” Jelas Nadira lagi.
“ Nadira, diorang tu cucu mak dan ayah. Memang patut pun mak tegur. Mereka biadab dan keterlaluan. Tok dan Tok wan pun tak tahu nak dihormati. Selama abang sibuk bekerja, apa Nadira tak tegur ke perbuatan mereka? tanyaku lembut.
“Abang ingat, saya ada masa untuk semua tu? Kan saya pun macam abang, sibuk. Jadi, abang nak salahkan Nadira, dalam hal ni? Tanggungjawab abanglah, jangan semuanya abang nak letakkan di bahu Nadira rungutnya.
Aku tahu, bercakap macam manapun, Nadira tak akan mengalah. Malah, suraranya semakin meninggi, mengundang banyak masalah lagi jika kami berterusan bertekak kalau tidak masakan begini lama telefon berbunyi.
“hello, boleh saya bercakap dengan Encik Akmal. Ini penting!
“ya saya Akmal, ada apa hal sehingga lewat malam menghubungi saya? Balasku.
“Encik dikehendaki datang segera ke hospital. Anak lelaki encik, terlibat dalam satu kemalangan dan sekarang berada di hospital.” Sayup bunyi surara di hujung talian. Tapi aku faham dengan maklumat yang diberikan.
Nadira bergegas mendapatkan aku tanpa banyak soal lagi. Dalam perjalanan ke hospital, aku hanya berdiam diri dan banyak beristighfar semoga tiada yang buruk terjadi.
Aku berpaling ke wajah Nadira. Sugul dan masih terkejut. Aku cuba bertenang sebaik saja melangkahkan kaki ke unit kecemasan hospital. Setibanya aku di katil, doktor memberitahu, kecederaan Zuhairi sangat parah.
“Maafkan kami, anak encik tidak dapat diselamatkan. Dia baru saja menghembuskan nafas terakhir walaupun kami telah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya. Semuanya di tangan Allah. Bersabarlah dengan dugaan hebat ini, “ terang doktor muda itu, penuh hemah.
Apa yang sangat menyedihkan aku ialah Zuhairi memandu dalam keadaan mabuk. Paras alcohol dalam badanya melebihi tahap yang membimbangkan. Sebab itu, dia gagal mengawal stering kereta lalu merempuh kereta lain. Kemalangan ini sangat ngeri. Nadira terkulai tanpa dapat ditahan.
Sejak itulah mula menghayun langkah ke masjid. Bertemu dengan Ustas Mustaqim. Mendengar semula ceramah agama seperti aku di bangku sekolah dulu.
Padahal semua itu telah aku pelajari dulu. Malah, ayah dan emak telah menerangkan semua nilai murni itu sejak aku kenal abjad A, B hingga Z.
Malah, hingga aku bertemu Nadira yang cantik manis ini. Nadira yang menjadi pujuaan ramai jejaka. Aku yang tidak pernah jemu memikat sehingga Nadira yang bebas lepas menjadi isteriku. Walaupun perbuatan dan kata-katanya banyak menyakitkan hatiku, aku tetap sayangkanya.
Emak dan ayah yang tidak berkenan dengan tingkah laku isteriku pun terpaksa tunduk dengan keputusaku. Kata Ustaz Mustaqim, masih ada harapan untuk aku membimbing Nadira dan Fatin.
Kehilangan Zuhairi memberi keinsafan padaku. Ustaz Mustaqim membaca satu terjemah Al-Fudail bin Iyaadh yang membawa maksud: “Siapa yang benar-benar takut kepada Allah, maka ketakutan itu memimpinnya ke jalan yang baik.” Ditambahnya lagi, hadis Nabi yang mengatakan, permulaan amalan bermula dengan niat.
Hatiku menjadi tenang dan aman apabila sujud memohon keredhaan Allah. Aku berazam untuk mengubah gaya hidupku. Benarlah bijak pandai berfalasafah: Money is not everything but everthing is Money. Money makes world go aground!
Selama ini aku telah hidup mewah. Punya isteri cantik menawan dan sepasang anak. Semuanya aku ada. Tapi aku kufur dengan nikmat Tuhan. Aku gagal memberikan didikan spiritual dalam keluargaku. Aku tidak Berjaya untuk membina jiwa islam dalam keluargaku. Walaupun aku Berjaya dalam perniagaan dan sahamku berlipat kali ganda di pasaran saham tapi jiwa keluargaku muflis. Miskin tanpa iman.
Aku berniat mewakafkan separuh kekayaanku untuk baitulmal. Moga-moga berkat kehidupanku selepas ini, biarlah semua musibah yang terjadi menjadi satu pengajaran.
Walau apa pun nanti pendapat negatif daripada Nadira dan Fatin, aku tetap akan terima. Emak dan ayah sangat, setuju dengan ideaku. Cuma aku menunggu masa yang sesuai untuk meyampaikan hasrat yang satu ini.
Malam jumaat yang mulia, usai solat Mahrib, aku cuba mendekati Nadira. Aku melihat Nadira siap berdandan cantik dan berpakaian agak seksi. Aku mengeleng kepala seraya hatiku berbisik, bila lagi Nadira akan berubah.
Nadira, abag ada hal nak bincang dengan Nadira. Dah lama abang pendamkan. Abang rasa malam ni, sesuailah,” lembut nadaku seakan memujuk.
“Hal apa, cakaplah cepat. Nadira tak ada masa ni.” Nadira nak ke mana. Malam ni,, malam Jumaat. Anak kita baru saja meninggal. Kan elok, duduk kat rumah dan kita sama-sama bacakan surah Yasin mendoakan kesejahteraan roh anak kita. Moga Allah menempatkannya bersama golongan yang beriman. Ini pakai cantik-cantik nak ke mana?”
“Abang jangan nak buang masa Nadira. Malam ni, Datin Fara buat parti sambut kepulangan anaknya Raimi yang baru balik dari oversea tu. Abang nak cakap apa pulak, cepatlah. Nanti Datin Sara yang datang jemput saya, tertunggu-tunggu pulak,”rungutnya keras.
Aku jadi kurang senang dengan tindak-tanduk Nadira. Semakin menjadi-jadi walaupun umur sudah menjangkau 50-an. Sampai bilakah dia kan insaf. Adakah aku seorang suami yang dayus kerana membiarkan isteri berseronok seperti orang muda?
Bukankah nusyuz seorang isteri apabila membelakangkan suami dan sering meninggikan suara tanpa ada rasa hormat langsung kepada suami yang selama ini, setia bersabar dengan kerenahnya sepanjang masa? “Nauzubillahiminzalik! Jangan sampai Nadira menjadi isteri yang nusyuz, “BIsik hatiku. Nadira abang rasa, abang dah buat keputusan untuk menderma separuh daripada harta abang kepada badan kebajikan yang sangat memerlukan wang. Abang juga telah berjanji dengan Ustaz Mustaqim untuk turut sama menderma bagi tujuan mendirikan sebuah masjid baru di sini. Abang cuma nak tanya pendapat Nadira…” Belum habis aku berbicara, tiba-tiba ada suara yang mencelah.
“Fatin tak setuju. Nanti kita jatuh miskin. Fatin tak sanggup hidup susah. Tentu semua kawan Fatin tak nak berkawan dengan Fatin lagi.”
“Masya-Allah, jangan buruk sangka seperti itu, Fatin, Kita masih ada simpanan yang menjamin kehidupan kita. Ayah cuma ingin berbakti dengan tujuan mengeluarkan zakat. Ayah juga berhajat untuk menyalurkan apa yang kita mampu ke jalan Allah. Moga hidup kita lebih berkat,” terangku satu per satu.
“Nadira pun sama macam Fatin. Tak setuju. Nanti perbelanjaan kena catu. Tak biasalah. Nadira hidup susah.” Bantah isteriku.
“Abang cuma nak minta pendapat, bukannya suruh buat keputusan!”
Tidak ada guna aku memujuk, Nadira dan Fatin terus ke Majlis yang diadakan di rumah Datin Fara. Aku mencapai al-Quran dan terus membacanya sehingga aku tidak perasan, bila waktu mereka pulang. Allah memberikan aku dugaan sebagai ketua keluarga. Aku bertanggungjawab mengembalikan akidah mereka yang kian tersasar.
“Ustaz, saya sudah berusaha, namun Nadira dan Fatin tetap macam tu juga. Kadang-kadang saya rasa putus asa dan malu dengan orang lain. Cuba ustaz berikan jalan lain pulak.”
“Jangan sesekali merasa jemu atau putus asa. Banyakkan bersabar dan berdoa. Bertawakallah kepada Allah. Allah tempat kita mengadu, isteri abang memang ada ciri-ciri seorang isteri yang nusyuz. Namun, Allah mempunyai Rahman dan Rahim.”
“Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Nadira juga terlalu mengikut perasaan, mungkin dia tertekan dengan kematian Zuhairi. Walau bagaimanapun, kita mesti bertindak secara lemah-lembut dan berhemah, agar dia akan secara perlahan-lahan dapat melakukan perubahan. Semuanya dengan izin Allah.”
Aku memujuk hatiku dengan meminta pandangan Ustaz Mustaqim. Terasa aman dan tenang. Malam harinya, aku menunaikan solat hajat dan tahajud. Meminta Allah membuka pintu hati Nadira dan Fatin agar bertaubat.
Aku mesti bersikap waras kerana aku percaya, itulah satu-satunya jalan terbaik. Secara rasional dan logik, aku dulu yang berubah, beramal ibadat dan meninggalkan perbuatan lama.
Perubahanku dapat dihidu oleh kawan-kawanku. Pelbagai reaksi yang kuterima. Apa pun anggapan mereka, aku terima dengan senyuman, Emak dan ayah turut gembira melihat aku sudah kembali seperti dulu. Mensyukuri semua nikmat Allah dengan hati yang penuh tawaduk.
Pagi itu, aku sungguh terkejut apabila aku bangun, Nadira sudah tiada di sisiku. Aku ke bilik air, dia tiada. Apabila aku melangkah ke kamar sebelah, aku menjadi sungguh terkedu. Nadira sedang sujud di tikar sembahyang, lebih awal daripadaku.
Kuperhatikan dari jauh, begitu kuasa Allah Ta ala. Diturunkan musibah sebagai peringatan untuk kami sekeluarga. Bukan sebagai menzalimi tetapi untuk diuji sebagaimana firman Nya yang bermaksud: “Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan kami, benar-benar Kami akan tunjukkan jalan Kami kepada mereka.” (surah ankabut; 69).
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri mengubah keadaan jiwanya…” Kurasa doaku amat mustajab sehingga di pagi yang hening itu, kulihat air mata seorang isteri yang amat kusayangi jatuh jua membasahi pipi. Belum sempat aku berpaling, Nadira datang memelukku dengan penuh insaf.
“Maafkan Nadira, abang. JIka selama ini, Nadira mengabaikan abang, Nadira terlalu menurut kata hati. Bisikan syaitan telah memperdayakan Nadira. Nadira juga sedar, ingkar dengan abang dan yang paling teruk sekali, Nadira hampir menjadi seorang isteri yang nusyuz.
“Syukurlah, abang sentiasa memaafkan setiap kesilapan Nadira. Abang dapat rasakan, Nadira benar-benar telah insaf. Lupakan apa yang terjadi dan kita bina hidup yang lebih berkualiti pada masa depan,” bisikanku ke telinganya.
Rupa-rupanya, ada sebab lain juga yang menyebabkan Nadira mahu berubah, Nadira bermimpi, Arwah Zuhairi datang kepadanya dan merayu-rayu agar mamanya berubah.
Zuhairi mengajaknya ke satu tempat yang belum pernah dijejakinya lagi. Dalam mimpi itu juga, Nadira melihat Zuhairi melambai tangan ke arahnya. Apabila Zuhairi semakin jauh dan hilang daripada pandangan mata, Nadira dapati ada segaris cahaya menerangi jalan itu.
Saat Nadira memanggil dan melangkah untk mengejar Zuhairi, dia terdadung batu dan jatuh ke jurang yang dalam. Dalam ketakutan itulah, tiba-tiba Nadira terjaga daripada tidur dan bru mengerti, dia telah bermimpikan sesuatu yang belum pernah dialaminya selama ini.
Nadira cepat-cepat sedar, mungkin ada tersimpan makna di sebalik mimpi itu. Air matanya mengalir laju dan Nadira bertekad untuk mengubah perjalanan hidupnya.
Sejuta tembok yang menghalang, sejuta terusan yang mesti dilalui, Nadira bertekad untuk berhijrah ke dunia kebaikan. Ingin menjadi isteri solehah. Tanpa ragu-ragu, Nadira bertaubat!
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, manusia tetap pernah melakukan kekhilafan. Kehidupan berubah tanpa kita jangka. Iman lah asas kekuatan kita, umat manusia. Sehingga orang yang baik-baik itu dijanjikan syurga. Syurga di mana tempat berhimpunnya para penegak agama!
Maka berpegang teguhlah dengan sunah dan kitab suci al-Quran. Bersedialah untuk menghadapi apa jua kemungkinan kerana umur dunia kian menuju ke penghujungnya, tanpa kita menyedari atau sengaja kita ingkari ketentuan Tuhan.
Wallahualam….sekian..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan