Sabtu, Julai 11, 2009

D.O.B~Death or Born

Bismillah (96:1)..


Pada tanggal 25 jun 09, berlaku dua kes yang mendapat perhatianku.

Mungkin juga mendapat perhatian di sini (Malaysia) mahupun di dunia.

Apa yang ku ingin katakana semua orang tahu kan?

Iaitu tarikh kematian arwah Mikail@Michael Jackson.

Innalillah..


"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun." (2:155-156).


Takziah kepada keluarga beliau.

Tapi aku bersyukur.

Kerana apa? Kerana mungkin ada hikmah yang kita tak tahu atau tak Nampak.

Bagiku, mungkin Allah lebih menyayanginya dan sapa tahu jika dia masih hidup barangkali dia akan keluar dari Islam.

Allah yang Maha Mengetahui segalanya.

InsyaAllah, takdir yang baik baginya kerana meninggal dunia setelah diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk agama Islam.

May Allah bless him and us amin.

Ajal maut di tangan Tuhan.

Begitu juga dengan takdir kita semuanya telah ditentukan dan telah tertulis di dalam kitab yang terletak di Lauh Mahfuz sejak azali lagi.

Kita pula yang memegang title seorang muslim ni tak pasti akan mati dalam islam atau tidak.

Segalanya boleh berubah dalam sekelip mata.

Nauzubillah, moga2 kita tergolong dalam golongan yang mendapat kitab di sebelah tangan kanan.


"Yaitu golongan kanan (ialah mereka yang menerima buku catatan amal dengan tangan kanan) Alangkah mulianya golongan kanan itu." (56:8)


amin...

Lumrah dunia.

Yang patah tumbuh semula, yang hilang silih berganti.

Kes kedua yang dimaksudkan ialah kelahiran anak kembar sharifah aleeya pada hari yang sama. Tahniah diucapkan.

Bagiku, apa yang aku nampak, inilah kehidupan di dunia.

Sampai satu ketika tiada lagi orang yang akan lahir di muka bumi di saat orang ramai hanya bergelimpangan berlari menyelamatkan diri di kala kiamat mendatang.


"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba." Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (7:187)


We never know where our ending is but we can choose which pathway to go to the best ending, insyaAllah.

walahualam..^__^

2 ulasan:

  1. agree..we have the right to choose..
    tp cara mj dikebumi...confuse laa..

    BalasPadam
  2. salam green..
    jzkk sudi sharing..

    pasal dikebumikan tu bkn la salah org yg dah meninggal..
    tp salah org yg hidup yg xtau cara betul menguruskan jenazah seorang muslim..

    xpela..mungkin ade hikmah dan mungkin kite bleh amik pengajaran drpd kejadian itu..

    mmg dikira menyeksa mayat jika melambat2kan pengebumian tp org yg jahil ttg hal ni mnganggap ia satu penghormatan..

    sedangkan Agong kat malaysia ni pun dikebumikan lambat konon2 untuk beri penghormatan terakhir..

    kalo btul negara ISLAM..tentu hal macam ni xkan berlaku..
    ni semua kerana memisahkan agama dengan khdupan(sekularism)

    org muslim itu sndr jahil ttg agama yang dianutinya..
    nauzubillah..

    sekadar pndgn..^__^

    BalasPadam